Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Salahuddin Gesa Peruntuk Subsidi...

PETALING JAYA : Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa kerajaan memperuntukkan subsidi tunai kepada...

PRU14 Mesej Jelas Rakyat...

SEREMBAN - Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan pusat adalah...

Suami Maut, Isteri Cedera...

SABAK BERNAM - Seorang lelaki maut manakala isterinya cedera ringan selepas kenderaan dinaiki...

Mahathir Antara Punca Kemelut...

KUALA LUMPUR - UMNO mendakwa Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai...

85 Peratus Premis Perniagaan Di Kuantan Belum Kibar Jalur Gemilang

KUANTAN: Kira-kira 85 peratus premis perniagaan di sekitar bandaraya Kuantan didapati belum mengibarkan Jalur Gemilang bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, sehingga semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Bandar, Datuk Hamdan Hussin berkata, premis perniagaan yang masih didapati enggan mematuhi arahan memasang Jalur Gemilang selepas tempoh peringatan ini, boleh dikenakan kompaun RM500.

Menurutnya, ia berkemungkinan disebabkan kurangnya kesedaran dan semangat sayangkan negara dikalangan para peniaga.

“Pihak majlis telah mengeluarkan notis yang lama sejak 25 Julai lalu, selepas tiga minggu kita buat pemerhatian masih lagi belum dipasang Jalur Gemilang, tambahan tiga hari lagi akan diberikan.

“Ini menunjukkan kami cuba mengelak mengambil tindakan dan kita masih menyeru supaya bersama-sama kibarkan bendera.

“Namun selepas tarikh tersebut kalau masih lagi enggan jadi pihak penguatkuasaan terpaksa mengambil tindakan sebagaimana yang termaktub dalam syarat-syarat lesen,” katanya ketika ditemui di sini hari ini


Mengulas lanjut, Hamdan berkata, tindakan kompaun akan dilakukan besar-besaran mulai Khamis ini.

Katanya, pihaknya tidak akan bertolak-ansur dalam perkara ini lagi memandangkan kemerdekaan telah disambut 65 tahun tahun ini.

“Jadi, kita minta kerjasama daripada semua premis perniagaan untuk bersama-sama dengan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) meraikan bulan Kemerdekaan ini dan mengelak daripada dikenakan kompaun.

“Pemilik premis yang masih gagal mengibarkan Jalur Gemilang boleh dikenakan kompaun di bawah Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan kerana melanggar syarat lesen seperti mana syarat-syarat am yang tertera di belakang setiap lesen premis perniagaan.

“Di samping itu juga perlu dipastikan juga tiada Jalur Gemilang dan bendera negeri yang telah lusuh dan koyak dikibarkan di premis mereka,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori