• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500,000 Batang Rokok Seludup Ditemui Di Tepi Sungai

oleh AK-47
24/08/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
500,000 Batang Rokok Seludup Ditemui Di Tepi Sungai
Share on FacebookShare on Twitter

Tumpat : Pihak berkuasa menemukan 500,000 batang rokok putih bernilai RM350,000 di tebing sungai di Kampung Pasir Pekan Hilir di sini, hasil operasi khas dijalankan 10 agensi penguatkuasaan sempadan, jam 4.15 pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pemantauan dibuat di lokasi terbabit menemukan longgokan 50 kotak berisi rokok terbabit dan berdasarkan keadaan kotak yang masih elok, ia berkemungkinan baharu dipunggah ke kawasan itu.

“Kita percaya, lokasi itu adalah lokasi transit sementara menunggu kenderaan tiba untuk mengangkut rokok seludup terbabit sebelum diedar.

“Tiada tangkapan dibuat dan kita syak, rokok itu untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini, hari ini.

Amran berkata, operasi bersepadu yang dijalankan bermula tengah hari semalam sehingga jam 12 tengah hari tadi membabitkan 104 pegawai serta anggota 10 agensi penguatkuasaan.

Ia antaranya membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Majlis Daerah Tumpat (MDT).

Menurutnya, operasi bersepadu yang julung kali diadakan itu bertujuan membanteras aktiviti penyeludupan.

Sepanjang 24 jam operasi, beberapa kejayaan dicatatkan membabitkan rampasan serta tangkapan terutama di kawasan sekitar Pengkalan Kubor.

Amran berkata, operasi itu membabitkan penggunaan logistik darat dan air yang dipecahkan kepada pasukan pemeriksaan dan serbuan, sekatan jalan raya, rondaan air serta pasukan khas.

“Selain rokok putih, kami turut merampas 120 liter petrol dan 840 liter diesel di Pengkalan Kubor, petang semalam.

“Sebanyak 32 pangkalan sepanjang Sungai Golok turut diperiksa. Sebanyak 48 notis serta satu kompaun dikeluarkan MDT untuk kesalahan pembinaan tidak mengikut spesifikasi di bawah Seksyen 70 (13) (C) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133),” katanya.

-Harian Metro

Tags: RokokRokok Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd