• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500 Kenderaan Ditenggelami Banjir Kilat Di Johor Bahru

oleh Mohd Arshad
02/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
500 Kenderaan Ditenggelami Banjir Kilat  Di Johor Bahru
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Hujan lebat yang melanda Johor Bahru dalam tempoh sejam petang tadi menyebabkan banjir kilat yang menenggelamkan kira kira 500 kenderaan di pusat bandar raya tersebut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan meneliti langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi memastikan kejadian banjir kilat tersebut dapat diatasi.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di bandar raya ini disebabkan peningkatan taburan hujan secara mendadak selain kejadian air pasang.

“Beberapa bulan lepas, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah melakukan kerja-kerja pembersihan longkang di sekitar kawasan ini, namun banjir kilat ini berlaku disebabkan oleh peningkatan air secara mendadak.

“Saya dimaklumkan (kebiasaannya) dalam tempoh satu jam air hujan sekitar 20 hingga 30 mm (milimeter) tetapi kali ini menyaksikan taburan hujan mencecah paras 100 mm.

“Selain itu, paras air pasang juga agak tinggi, iaitu 1.15 meter dan ini telah menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir ke laut,” katanya kepada ditemui selepas melakukan tinjauan ke Jalan Ayer Molek, di sini yang terjejas akibat banjir kilat.

Beliau turut mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melakukan kerja pengepaman bagi menyalurkan air keluar dari kawasan tersebut selain menambah baik sistem itu untuk menampung kapasiti air yang lebih tinggi.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh dan MBJB untuk mencari penyelesaian segera supaya perkara sebegini dapat dielak pada masa akan datang,” jelasnya.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini.

UtusanOnline-

Tags: banjir kilatjohor bahruKenderaantenggelam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

Banjir Kilat Landa Balik Pulau, Turut Sebabkan Kesesakan Lebih 3 KM

Banjir Kilat Landa Balik Pulau, Turut Sebabkan Kesesakan Lebih 3 KM

16/06/2025
0

Balik Pulau: Penempatan penduduk di beberapa lokasi termasuk perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau di sini, dilanda banjir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd