• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

25 RUU Diluluskan Sidang Parlimen

oleh Mohd Arshad
17/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
25 RUU Diluluskan Sidang Parlimen
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila 25 Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, 25 RUU yang diluluskan itu berkait rapat dengan kestabilan negara, ekonomi dan kebajikan rakyat, serta membabitkan beberapa aspek antaranya kewangan, pertanian, industri makanan, jenayah dan kehakiman.

“Semua Rang Undang-undang yang diluluskan akan menjalani proses yang sewajarnya sebelum ia dapat dikuatkuasakan melalui undang-undang dan penguatkuasaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari bermula 18 Julai hingga 4 Ogos manakala persidangan Dewan Negara selama enam hari dari 8 Ogos hingga 16 Ogos.

Katanya, antara undang-undang yang dianggap mempunyai kepentingan kepada rakyat dan negara adalah Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan Larangan Ahli Bertukar Parti, yang turut diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Turut diluluskan Rang Undang-undang Perhutanan Negara (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022, Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021 dan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang melibatkan bidang kuasa pelbagai kementerian.

Wan Junaidi berkata, sembilan usul dibahaskan ke Dewan Rakyat dan hanya satu usul sahaja yang telah dibahas di Dewan Negara iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Dewan Negara pada 27 Julai lalu.

Bernama-

Tags: lulusParlimenRUU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd