• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Terengganu Sambung Belajar Ke UK, Jordan

oleh Mohd Arshad
24/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
16 Penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Terengganu Sambung Belajar Ke UK, Jordan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM7.16 juta kepada 16 anak Terengganu yang cemerlang untuk menyambung pengajian peringkat ijazah pertama ke United Kingdom (UK) dan Jordan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia membabitkan empat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang menamatkan pengajian A-Level dan akan menyambung pengajian ke UK manakala selebihnya adalah pelajar lepasan SPM 2021 yang akan ke Jordan membabitkan tempoh pengajian antara tiga hingga lima tahun.

Beliau berkata, semua pelajar yang juga penerima Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang (SPC) itu dijadualkan berangkat ke UK dan Jordan pada pertengahan September ini.

“Mereka ini akan menyambung pengajian pelbagai bidang seperti perubatan, biokimia, bioperubatan, perbankan Islam dan Qiraat (dan tajaan) ini adalah satu daripada usaha kerajaan negeri untuk mengiktiraf kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh anak-anak Terengganu dalam peperiksaan SPM dan STAM(Sijil Tinggi Agama Malaysia) yang lalu.

“Selain di UK dan Jordan, kita berbangga dengan sebahagian lagi anak-anak Terengganu cemerlang yang ditaja oleh kerajaan negeri kini berada di Mesir, Ireland, Jepun, Korea dan Australia.

“Besar harapan kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu (YT) khasnya untuk melihat mereka ini pulang membawa kejayaan sebaiktamat pengajian kelak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Pendahuluan Diri Dan Bantuan Persediaan Penerima Biasiswa SPC Luar Negara Tahun 2022 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri melalui kolaborasi antara YT dan Terengganu Inc (TI) juga bersetuju menubuhkan Tabung Biasiswa YT-TI bagi menaja pelajar cemerlang lepasan SPM/STPM serta lepasan asasi/matrikulasi dalam pelbagai bidang peringkat Ijazah Pertama.

Katanya, sebagai permulaan pada tahun ini, TI bersama anak-anak syarikat akan menyumbang sebanyak RM500,000 kepada tabung berkenaan dengan tajaan akan diberikan kepada bidang-bidang tertentu.

Sejak Tabung Biasiswa SPC Negeri Terengganu dilancarkan pada 2019, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta setahun untuk membiayai pengajian anak-anak Terengganu yang cemerlang bagi meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Pertama sama ada dalam dan luar negara.

Sehingga kini, seramai 601 pelajar cemerlang lepasan SPM, asasi/matrikulasi, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan STAM menerima skim biasiswa itu bagi mengikuti pengajian peringkat persediaan dan ijazah pertama dalam pelbagai bidang.

Daripada jumlah itu, seramai 516 pelajar mengikuti pengajian di universiti awam dalam negara manakala selebihnya mengikuti program pengajian luar negara dalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, kejuruteraan, sains, perakaunan dan al-Quran Wal Qiraat.

-Berita Harian

Tags: Penerima Biasiswasambung belajarSkim Pelajar Cemerlang Terengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lama Tertangguh, Fikry Sambung Belajar Semula

30/10/2017
0

MENJADI seorang pelajar dan selebriti dalam masa yang sama bukanlah suatu perkara yang mudah. Kerjayanya bermula daripada seorang pelawak hingga...

Fattah Amin Mahu Jadi ‘Superman’ Cakap Arab

25/10/2017
0

TAHUN lalu, namanya mula menjadi bualan hangat di bibir penggemar drama yang bukan sahaja terdiri daripada golongan remaja, tapi makcik-makcik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd