Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Miliki, Jual Paintball...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 96 unit 'paintball marker'...

Tindakan Tegas Ke Atas...

TEMERLOH - Suruhanjaya Pengangkuatan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan tegas dan tidak...

Saya Hormat Kejujuran Awak...

SEJAK beberapa hari lalu, pemilik nama Fattah Amin terus-menerus menguasai carta trending di...

‘Superman’ Berbaju Raya Tumbang...

SATU rakaman video menjadi tular di laman sosial memaparkan lima remaja menunggang lima...

Fattah Amin Mahu Jadi ‘Superman’ Cakap Arab

TAHUN lalu, namanya mula menjadi bualan hangat di bibir penggemar drama yang bukan sahaja terdiri daripada golongan remaja, tapi makcik-makcik pun turut layan sama.

Abdul Fattah Mohd Amin atau Fattah Amin, seorang pelakon tinggi lampai yang sering menjadi ciri-ciri idaman kaum wanita.

Namanya sebelum ini pernah menjadi ‘fenomena’ di dalam dunia hiburan apabila dia dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan dua orang selebriti cantik selepas masing-masing digandingkan di dalam drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot dan Hero Seorang Cinderella.

Fattah, 27, kini dikatakan sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) di Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUMKL).

Wah… Dalam kesibukan berlakon, sempat lagi Fattah curi-curi masa nak sambung belajar ya.

Selain itu, hero drama Coffee Prince itu juga sedang sibuk mengendalikan perniagaannya iaitu Expendablesgym, Stalkers Cafe dan Stalkers Cuisine.

Dengarnya Stalkers Cafe ada tawarkan perkhidmatan katering. Lepasni boleh lah siapa-siapa nak buat kenduri ke, order lah dekat kafe Fattah.

Menurut portal Berita.Mediacorp.Sg, katanya Fattah ni nak sangat belajar bahasa Arab sebab dia nak faham setiap makna dalam bacaan solat dan menghayati bait-bait ayat Al-Quran.

Uishh… Baguslah kalau Fattah ada usaha untuk faham bahasa syurga kan.

Bila ditanyakan tentang dorongan untuknya sambung belajar, ringkas sahaja jawapan yang diberikannya, iaitu dirinya sendiri.

“Diri sendiri, kerana saya sedar betapa pentingnya untuk memiliki pendidikan dan Alhamdulillah, saya diberi peluang sambung belajar untuk meneruskan menimba ilmu pengetahuan,” katanya dipetik daripada portal tersebut.


Selain itu, bagi bekas juara program Hero Remaja 2011/2012 itu, dia berasa bersyukur di atas rezeki yang telah dinikmatinya kini dan pastilah rezeki itu akan dikongsikan dengan keluarga dan peminatnya sendiri.

Selain itu, apa yang lucunya ketika temuramah yang dilakukan oleh portal tersebut ialah apabila Fattah dikatakan ingin menjadi Superman jika dia diberikan peluang untuk menjadi seorang superhero MARVEL.

“Saya nak jadi Superman! Sebab saya suka watak tersebut. Dia mengajar kita supaya percaya pada diri sendiri dan kekal dengan jati diri sendiri. Dia adalah lambang harapan dalam dunia yang dibelenggu kebencian.

“Superman membantu manusia yang beraspirasi mahu menjadi versi diri mereka yang lebih baik, bukan sahaja dalam dunia komik, tetapi juga dalam dunia sebenar,” tambahnya lagi.

Apa pun semoga dengan kejayaan yang telah diperolehinya kini akan menjadikan Fattah sebagai seorang pelakon yang disegani walaupun sebelum ini dia pernah digelar sebagai ‘pelakon kayu’.

Mungkin dulu lakonannya agak ‘keras’, tapi kini Fattah sudah membuktikan bahawa semakin hari, dia semakin berusaha untuk memperbaiki kualiti lakonannya.

Selain iti, Fattah juga berusaha untuk mengasah bakatnya dalam cabang seni lain iaitu menyanyi.

Single keduanya yang bertajuk ‘1234U’ hasil ciptaan Aizat Amdan telah pun dihasilkan dan telah mendapat hampir 530k tontonan di YouTube. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori