• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

140 Penunggang, Pembonceng Ditahan Pada Malam Ambang Merdeka

oleh AK-47
31/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
140 Penunggang, Pembonceng Ditahan Pada Malam Ambang Merdeka
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar : Keseronokan sekumpulan penunggang motosikal menyambut malam Ambang Merdeka malam tadi mengundang padah apabila mereka ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Darul Aman, awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seramai 140 remaja berusia belasan hingga 20-an yang terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal itu ditahan dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar itu, sekitar jam 2.30 hingga 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pasukan operasi sebelum itu melakukan pemantauan sejam lebih awal di lokasi sebelum melakukan kepungan.

Beliau berkata, sekumpulan penunggang motosikal yang berkumpul di satu lokasi di sekitar kawasan itu kemudian beredar sebaik menyedari kehadiran kenderaan polis di situ.

“Kebanyakan mereka terdiri dalam kalangan penduduk setempat malah ada juga yang datang dari daerah lain semata-mata untuk menyambut malam Ambang Merdeka di sini.

“Sebanyak 109 motosikal diperiksa dan daripada jumlah itu sebanyak 107 saman Pol 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

“Kesalahan paling banyak dikesan adalah pengubahsuaian motosikal serta tidak memiliki lesen memandu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Shukri berkata, sebanyak 22 motosikal turut disita kerana terbabit melakukan pelbagai kesalahan.

Beliau berkata, selain itu juga sebanyak sembilan kereta turut diperiksa dalam operasi itu.

“Ibu bapa dinasihatkan sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka terutamanya pada lewat malam supaya tidak terbabit dengan aktiviti seumpama yang tidak sepatutnya dilakukan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Malam Ambang MerdekaTahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd