Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Lewat Bayar Gaji Pekerja,...

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat kontraktor pembersihan didakwa di Mahkamah Majistret di sini...

Lain Macam Betul PH...

SEBELUM dapat kuasa, macam-macam boleh dikomen dan dikritik, dan janji-janji kepada rakyat pun...

Tanah Runtuh Ancam Rumah...

MIRI - Sebuah rumah panjang, Rumah Damu, di Sungai Muam, Marudi, terjejas akibat...

MBSA Beri Diskaun Kompaun...

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedang melaksanakan kempen pengurangan kompaun...

Wanita Dakwa Dicabul Pegawai Exco

Seremban : Polis menerima laporan daripada seorang wanita yang didakwa dicabul pegawai kepada exco di sebuah hotel pada 30 Mac dan 26 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya akan melakukan siasatan menyeluruh termasuk memanggil saksi bagi mengenalpasti kejadian sebenar.

“Pada 3 Julai lalu, pihak polis mengesahkan menerima satu laporan yang dibuat seorang wanita mengatakan dicabul di sebuah hotel pada 30 Mac dan 26 April lalu oleh seorang lelaki.

“Siasatan akan dilaksanakan daripada pelbagai sudut termasuk menggunakan khidmat forensik, mengambil keterangan saksi yang boleh membantu siasatan seterusnya mengesan suspek yang terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-keduanya.

“Polis meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan memberi ruang serta masa bagi memastikan siasatan dibuat secara menyeluruh dan komprehensif,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori