• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubat Mengandungi Kanabis Mula Dibenar Tahun Depan

oleh Mohd Arshad
14/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ubat Mengandungi Kanabis Mula Dibenar Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan membenarkan penggunaan beberapa produk perubatan mengandungi kanabis atau ganja dikenali sebagai cannabidiol (CBD) pada tahun depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat setelah kajian awal kementerian dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati, terdapat bukti penggunaannya boleh membantu pesakit yang mengalami penyakit tertentu.

Bagaimanapun, katanya, produk CBD nanti hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan dan diperoleh melalui preskripsi doktor di klinik serta hospital sekali gus tidak boleh dibeli dari mana-mana pihak.

“Sekarang ini kita dalam proses untuk melihat dalam keadaan mana produk CBD boleh diberikan. Itu termasuk dalam kerangka kerja untuk kita laksana tahun depan.

“Bila bawa masuk CBD, ia tidak boleh dibeli di kaunter. Ia mesti melalui preskripsi. Bila dah ada produk di sini, doktor dah tahu macam mana nak bagi CBD.

Tiada guna kita bagi kebenaran lesen untuk bawa masuk CBD tapi doktor tak tahu macam mana nak bagi preskripsi.

Itu yang akan ambil masa sedikit. Jadi jangka masa tahun depan adalah realistik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir dalam majlis Laporan Kajian Persepsi Dadah oleh The Centre.

Tambahnya, keputusan membenarkan produk CBD juga tidak perlu melalui mana-mana peruntukan akta mahupun kelulusan di Parlimen.

Dari segi kelulusan produk CBD, Khairy berkata, produk-produk akan diusulkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal dan dinilai NPRA sebelum didaftarkan pada tahun depan.

“Tetapi yang penting, kita kena tengok kesahihan produk itu, kena tengok data keselamatan dan keberkesanan untuk penyakit tertentu.

“Malah, dari segi pendidikan dan pendedahan saintifik juga perlu diberi kepada pegawai perubatan di Malaysia. Sebab buat masa ini kita melihat CBD secara preskripsi bukan untuk kegunaan sendiri dan jauh sekali kegunaan kanabis,” katanya.

Selain itu, Khairy turut mendedahkan bahawa terdapat ujian klinikal sedang dijalankan mengenai penggunaan CBD.

“Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan beberapa penyelidik dari Universiti Malaya untuk melaksanakan ujian klinikal bagi penggunaan CBD bagi penyakit untuk situasi perubatan tertentu.

“Bila dah ada bukti dari segi ujian klinikal untuk penyakit tertentu maka akan bertambah penggunaan CBD yang boleh digunakan dan diberi oleh pegawai perubatan.

“Jadi pelbagai pendekatan digunakan, pendaftaran produk, kajian tentang produk yang akan didaftar, kita akan buka kepada semua untuk hantar usul nanti dan ujian klinikal oleh penyelidik di Malaysia tentang penggunaan CBD,” katanya.

Bagaimanapun, Khairy mengakui ada yang meminta beliau supaya membenarkan penanaman ganja di negara ini.

“Soal penanaman itu jauh lagi. Kita tengok dulu, kita ambil langkah demi langkah, langkah berhati-hati, mula-mula kita daftar produk CBD, kita tengok penerimaan doktor, penerimaan pesakit. Sekiranya penerimaannya tinggi, selamat dan berkesan, barulah kita memikirkan soal penanaman.

“Ramai yang hantar usul nak buat ladang ganja dan sebagainya, tetapi kita belum sampai tahap itu. Satu demi satu, dan buat masa ini produk CBD hanya preskripsi doktor dan bukan boleh dibeli di kaunter,” katanya.

-Utusan Online

Tags: kanabisubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Kencing Yasin Positif Kanabis – Pegawai Kimia

Air Kencing Yasin Positif Kanabis – Pegawai Kimia

12/09/2023
0

PETALING JAYA: Seorang pegawai kimia memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, ujian saringan yang dijalankan terhadap sampel air kencing...

Cuaca Panas Disebabkan Pemanasan Muka Bumi, Kurang Hujan – MetMalaysia

Ibu Maut Dengan Kesan Tikaman Menjerit-jerit Tak Mahu Makan Ubat

13/04/2023
0

BACHOK – Seorang ibu berpantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah ibunya di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd