Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ditangkap… Bergambar Tak Senonoh...

Phnom Penh - Dua adik beradik warga Amerika ditangkap kerana merakam gambar bogel...

Kastam Kutip Hasil GST...

MELAKA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil Cukai Barang dan...

2 Pakar Kimia Saudi...

ISTANBUL - Arab Saudi menghantar seorang pakar toksikologi dan seorang pakar kimia bagi...

Kes Dadah Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah kes dadah di Kelantan mencatatkan peningkatan yang ketara dengan...

Syed Saddiq Arah Agih Sebahagian RM1 Juta Lepas SPRM Siasat – Saksi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar bahawa Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengarahkan sebahagian daripada RM1 juta diagihkan kepada dua anggota Pemuda Bersatu (Armada), selepas SPRM datang ke rumahnya untuk menyiasat laporannya berhubung dakwaan kehilangan RM250,000

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bendahari Pemuda Bersatu Rafiq Hakim Razali memberi keterangan hari ini bahawa dia diarah melakukan perkara itu oleh Syed Saddiq yang merupakan ketua sayap Pemuda ketika itu berhubung RM900,000 dana parti.

Saksi pendakwaan itu memberi keterangan demikian semasa perbicaraan penyelewengan terhadap bekas menteri belia dan sukan itu membabitkan RM1.2 juta dana daripada Pemuda Bersatu.

Selepas dipecat daripada Bersatu, Syed Saddiq membentuk Muda pada 2020.

Semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya (DPP) Wan Shahruddin Wan Ladin, Rafiq mendakwa antara penghujung Mac dan awal April 2020, dia menerima panggilan daripada Syed Saddiq untuk mengagihkan RM900,000 kepada dua anggota Bersatu.

Rafiq merujuk kepada Muhammad Daniel Kusari, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Wilayah Persekutuan, dan tukang jahit Muhammad Naqib Ab Rahim.

Rafiq mendakwa atas arahan Syed Saddiq, dia mengagihkan RM650,000 kepada Daniel dan RM250,000 kepada Naqib, manakala RM100,000 digunakan untuk program oleh Pemuda Bersatu.

Wan Shaharuddin : Dalam perkara ini, kamu diberitahu wang itu untuk diagihkan kepada Daniel dan Naqib. Apakah yang menyebabkan kamu mengagihkan wang tersebut?

Rafiq : Seingat saya, saya menerima panggilan Whatsapp daripada Syed Saddiq sekitar Mac atau April. Dia berkata SPRM datang ke rumahnya untuk geledah, jadi dia arah saya untuk clear duit saya pegang waktu itu, jadi saya agih kepada Naqib dan Daniel.

Wan : Adakah kamu faham apa yang sedang disiasat SPRM?

Rafiq : Ya, ia berkaitan dengan kes kehilangan RM250,000. SPRM pergi ke rumahnya untuk menyiasat.

Pada Mac 2020, dilaporkan ahli parlimen Muar itu membuat laporan polis berhubung RM250,000 yang dikatakan hilang dari rumahnya di Petaling Jaya.

Bendahari Pemuda Bersatu Rafiq Hakim Razali
Semasa prosiding mahkamah terbuka di hadapan pesuruhjaya kehakiman Azhar Abdul Hamid, Rafiq memberi keterangan bahawa Syed Saddiq mengarahkan dia mengeluarkan RM1 juta daripada akaun bank Pemuda Bersatu pada 6 Mac 2020.

Saksi itu mendakwa Syed Saddiq memberi arahan untuk mengeluarkan wang itu untuk digunakan untuk program Pemuda Bersatu kerana ada pemilihan parti ketika itu, dan wang itu “untuk kegunaan kem Syed Saddiq”.


Rafiq berkata, dia menghubungi seorang jurubank di CIMB untuk mengeluarkan sejumlah besar wang dalam urus niaga tunggal menggunakan cek yang ditandatangani olehnya.

Saksi itu bersetuju dengan Wan Shaharuddin bahawa jika tidak kerana perintah Syed Saddiq, wang RM1 juta itu tidak akan dikeluarkan.

Rafiq mendakwa arahan Syed Saddiq dibuat sejurus selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020, yang menyaksikan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) mengambil alih daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH). Bersatu ketika itu meninggalkan PH untuk menyokong PN.

Pengeluaran RM1 juta

Semalam, Penolong Setiausaha Pemuda Bersatu Ahmad Redzuan Mohamed Shafi memberi keterangan bahawa Syed Saddiq mengarahkan wang RM1 juta itu dikeluarkan.

Redzuan mendakwa arahan itu diberikan kepadanya dan Rafiq semasa perjumpaan di rumah Syed Saddiq di Petaling Jaya.

Saksi itu mendakwa Syed Saddiq mahu wang tunai itu dikeluarkan bagi mengukuhkan kedudukannya di sayap Pemuda parti itu, berikutan dakwaan bimbang akan berlaku pertukaran kepimpinan dalam Pemuda Bersatu susulan Langkah Sheraton.

Redzuan mendakwa arahan Syed Saddiq bertentangan dengan prosedur Bersatu, kerana sebarang pengeluaran wang tunai melebihi RM500,000 mesti mendapat kelulusan daripada majlis tertinggi Bersatu dan disertakan dengan kertas kerja yang sesuai.

Prosiding di hadapan Azhar akan diteruskan petang ini.

Sebelum ini di Mahkamah Sesyen, Syed Saddiq minta. dibicarakan atas dua pertuduhan penyelewengan membabitkan RM1.12 juta daripada Pemuda Bersatu.

Bekas ketua Pemuda Bersatu itu juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dengan pengubahan wang haram, di mana setiap transaksi yang didakwa melibatkan RM50,000.

Mengikut dua pertuduhan bersubahat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, dia dituduh terlibat dalam pemindahan dana itu sebanyak dua kali iaitu pada 16 dan 19 Jun 2018.

Empat pertuduhan itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori