• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Miliki Wang Palsu

oleh AK-47
06/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Suami Isteri Mengaku Tidak Bersalah Miliki Wang Palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Bukit Mertajam : Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki wang palsu berjumlah RM5,300 pada bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun tertuduh, Muammar Raid Abdul Malik, 33 dan isterinya, Nadia Mohamed Hussain, 27, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka berdua di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Mengikut pertuduhan, suami isteri itu didakwa memiliki 53 keping wang kertas RM100 yang mana mereka tahu bahawa wang itu adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik beralamat PMT 30 Mukim 8, Jalan Muthupalaniappan Sunway Wellesley, di sini pada 11.30 malam, 29 Jun lalu.

Berikutan itu, mereka berdua didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Mohamad Syarafuddin Mamat Mokhtar manakala suami isteri itu tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Mohamad Syarafuddin memohon kepada mahkamah supaya menetapkan jaminan tinggi terhadap kedua-tertuduh berikutan suami isteri berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu membuat rayuan supaya mereka dikenakan jaminan yang rendah.

Tertuduh lelaki memaklumkan bahawa isterinya sedang hamil dan tidak bekerja, selain dia yang hanya mencari pendapatan dengan berniaga perlu menjaga ibu bapanya yang uzur.

Mahkamah kemudian menetapkan setiap tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Dalam pada itu, mahkamah turut mengenakan syarat tambahan yang mana kedua-dua tertuduh perlu menyerahkan pasport sehingga kes selesai serta melapor diri dua minggu sekali kepada pegawai penyiasat kes.

Kes akan disebut semula pada 11 Ogos ini untuk serahan dokumen.

-Harian Metro

Tags: Mengaku Tidak bersalahSuami Isteriwang palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd