Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kami Percaya Hodgson 100...

BASEL - Kapten England, Wayne Rooney menegaskan keseluruhan skuad England menyokong penuh pengurus,...

Ringgit Dijangka Diniagakan Berhati-Hati...

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan dengan para pelabur memantau...

Jerebu Di Sri Aman...

KUCHING - Keadaan jerebu di Sri Aman makin buruk dengan bacaan Indeks Pencemaran...

DJ Disko Biadab Adun...

TUNIS - Sebuah kelab malam di Tunisia diarah tutup setelah tular satu rakaman...

Samsung SDI Bina Kilang RM7 Bilion Di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Pengeluar bateri dan bahan elektronik Korea Selatan, Samsung SDI Co Ltd menerusi Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd (SDIEM) membina kilang baharu di Negeri Sembilan untuk merintis industri sel bateri kenderaan elektrik (EV) di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembinaan kilang baharu itu bakal mewujudkan sebanyak 1,300 peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Samsung melalui Samsung SDI Energy Malaysia di atas kejayaan membuka kilang baharu dan menambah nilai pelaburan sebanyak RM7 bilion ini.

“Dengan pembinaan kilang baharu ini, ia bakal mewujudkan sebanyak 1,300 peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia.

“Saya turut menghargai usaha Samsung, salah satu syarikat elektronik terbesar di dunia dan jenama terkenal yang telah mula beroperasi di Malaysia sejak tahun 1990 lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melalui video merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang Baharu Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd (SDIEM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar; Ahli-Ahli Exco Kerajaan negeri; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Razali Ab Malik dan Duta Korea Ke Malaysia, Lee Chi Beom serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung SDI, Yoon Ho Choi.

Ismail Sabri berkata, pembangunan kilang baharu fasa dua itu akan membabitkan tujuh bangunan baharu serta stesen sub tambahan elektrik 132 kilovolt (KV).

Beliau berkata, kilang baharu berkenaan yang dijangka mula beroperasi pada tahun 2025 akan mampu untuk menghasilkan sebanyak 800 juta sel bateri setahun.


Katanya, usaha SDIEM serta komitmen untuk memenuhi keperluan pasaran global bagi kegunaan kenderaan elektrik dunia ini adalah satu usaha yang membanggakan buat negara dan rakyat Malaysia secara amnya.

“Saya menghargai peranan yang dimainkan oleh Samsung dalam membangunkan industri berdasarkan teknologi hijau.

“Hal ini selaras dengan matlamat negara dalam mencapai sifar karbon seawal 2050 sepertimana yang dinyatakan dalam strategi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya.

Perdana Menteri menegaskan bahawa bagi Malaysia, industri ini adalah penting dari segi sumbangan kepada keseluruhan ekosistem kenderaan elektrik (EV) yang komprehensif.

“Saya yakin warga pekerja Keluarga Malaysia akan kekal berdaya tahan dan terus menyumbang bersama-sama dalam membangunkan ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin berkata pelaburan oleh Samsung SDI akan

dapat membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri itu, selaras dengan Pelan Induk Konsep Bersepadu Negeri Sembilan 2021–2045.

“Selain menawarkan lebih 1,300 peluang pekerjaan untuk warga tempatan khususnya belia di Negeri Sembilan, pembinaan kilang baharu SDIEM dengan jumlah pelaburan RM7 bilion ini juga akan dapat mewujudkan banyak peluang perniagaan untuk rakyat tempatan,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori