• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM10.5 Juta Baiki Segera Kerosakan Laluan Kota Kinabalu-Sandakan

oleh AK-47
13/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RM10.5 Juta Baiki Segera Kerosakan Laluan Kota Kinabalu-Sandakan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM10.5 juta bagi melaksanakan kerja pembaikan segera kerosakan Jalan Persekutuan FT22 di sepanjang laluan Kota Kinabalu-Sandakan yang mengalami kerosakan teruk.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia merangkumi RM5 juta peruntukan segera yang disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan RM5.5 juta lagi menerusi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata lima lokasi memerlukan pembaikan segera melalui peruntukan RM5 juta kepada JKR Sabah adalah Seksyen 173-174, Seksyen 174-175, Seksyen 175-176, Seksyen 176-177 dan Seksyen 143-144, semuanya di daerah Telupid.

Katanya, surat arahan kebenaran belanja sudah dimajukan kepada JKR Sabah pada 22 Jun lalu dan kini kerja fizikal pembaikan termasuk penurapan berkala sudah bermula, dijangka siap dalam tempoh dua bulan sebagai antara langkah jangka pendek mengatasi ketidakselesaan pengguna jalan raya.

Dalam kenyataan sempena tinjauannya di Jalan Sandakan-Telupid, hari ini, beliau berkata, langkah yang diambil itu adalah susulan lawatan kerja bersama Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan pengurusan atasan KKR sempena FT Roadpedia Negeri Sabah Mei lalu.

“Susulan lawatan itu, satu pasukan petugas khas yang saya ketuai dibentuk bagi mengenal pasti dan mencari jalan penyelesaian jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang untuk mengatasi kesulitan pengguna jalan raya di laluan FT22 dari Sandakan ke Telupid.

“Mesyuarat pertama diadakan pada 7 Jun lalu. Pasukan khas ini tumpu kepada aspek keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan untuk mencari kaedah penyelesaian bersama,” katanya.

Menurut Arthur, memandangkan jajaran Jalan Persekutuan FT22 itu sebahagian laluan Projek Lebuhraya Pan Borneo, iaitu dalam Pakej Kerja 28, 29 dan 30, kaedah penyelesaian memerlukan pembabitan pasukan projek lebuh raya berkenaan.

“Pasukan itu terdiri daripada JKR Sabah selaku pegawai penguasa projek, pihak perunding dan kontraktor serta syarikat konsesi yang menyelenggara Jalan Persekutuanm” katanya.

Pada masa sama, katanya, RM5.5 juta diperuntukkan melalui Projek Lebuhraya Pan Borneo bagi Pakej Kerja 28, 29 dan 30 untuk kerja pembaikan di sepanjang laluan yang terbabit dengan pembinaan lebuh raya itu, bermula dari Batu 32, Sandakan sehingga Sungai Baoto, Telupid.

“Kerja sudah bermula awal bulan ini membabitkan lokasi yang kritikal terlebih dahulu dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan. Pada masa sama, kerja mengenal pasti laluan berisiko akan terus dibuat oleh JKR Sabah serta perunding dan akan dibentangkan pada mesyuarat pasukan petugas khas secara berperingkat,” katanya.

Sementara itu, Arthur berkata, bagi penyelesaian jangka sederhana, JKR Sabah akan melaksanakan pemeriksaan terhadap pelan pengurusan trafik di tapak secara berkala untuk memastikan kontraktor Lebuhraya Pan Borneo sentiasa mematuhi aspek keselamatan jalan raya ketika pembinaan.

Katanya, JKR Sabah akan menambah papan tanda amaran mengikut kesesuaian lokasi selain bekerjasama secara berterusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan pematuhan peraturan jalan raya serta mengkaji had laju sepanjang tempoh pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

BHonline-

Tags: kerosakan laluanKKRKota Kinabalu-Sandakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

KKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana Hadapi Monsun Timur Laut

KKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana Hadapi Monsun Timur Laut

05/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Bilik Gerakan Bencana Kementerian Kerja Raya (KKR) diaktifkan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bermula 5 November...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd