Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PAPSMA Tolak Monopoli Pengambilan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) lega apabila kerajaan...

Sokong Keputusan Kabinet Hentikan...

KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu menyokong penuh langkah drastik Kabinet yang menghentikan sementara...

Harap Ada Bajet Promosi...

PUTRAJAYA - Tourism Malaysia berharap Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada 2 November...

Cadangan Mansuh Akta Berita...

KUALA LUMPUR – Cadangan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dijangka dibentangkan pada...

Rakyat Malaysia Jalani Hukuman Gantung Di Singapura

SINGAPURA : Rakyat Malaysia, Kalwant Singh, yang dikenakan hukuman gantung menjalani hukumannya awal pagi tadi di Penjara Changi Singapura, dan mayatnya akan dibawa pulang ke Cameron Highlands lewat hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu disahkan peguamnya, Too Xing Ji.

“Ya. Dia sudah menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi.

Mahkamah Rayuan Singapura semalam menolak rayuan terakhir Kalwant dan pelaksanaan hukuman ditetapkan hari ini.

Kalwant, 32, dijatuhi hukuman gantung di Singapura pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Sabitan dan hukumannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama.

Menurut Xing Jii, upacara memperingati Kalwant akan diadakan di 38 Sin Ming Drive pada sebelah petang.


Kalwant, yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang, ditahan di republik itu pada 24 Oktober 2013, dan disabitkan atas tuduhan memiliki 60.15 gram diamorphine dan mengedar 120.9 gram dadah jenis itu.

Kalwant memfailkan usul kepada Mahkamah Rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman serta semakan terhadap sabitan dan hukumannya.

Permohonan penangguhan hukumannya didengar Ketua Hakim Sundaresh Menon; Hakim Andrew Phang Boon Leong; dan Hakim Tay Yong Kwang melalui Zoom.

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia Singapura, Kirsten Han, memaklumkan menerusi Twitter bahawa keluarga Kalwant sudah menerima barangan peribadi dan sijil kematiannya.

Turut digantung bersama Kalwant adalah Norasharee Gous, yang ditahan berkait kes sama berdasarkan keterangan seorang lagi tertuduh, yang terlepas hukuman mati kerana memberi kerjasama yang baik kepada polis.

“Keluarga Kalwant masih berada di penjara. Saya dalam perjalanan ke pengebumian Norasharee,” kata Kirsten.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori