Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Menjelang Kongres Nasional PKR hujung minggu ini, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menamakan 25 calon pilihannya bagi merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mengumumkan calon pilihannya itu di Twitter semalam, Rafizi mengambil pendekatan yang sama ketika beliau mengumumkan pasukannya dalam pemilihan jawatan utama parti itu yang berlangsung April lalu.

Calon MPP berkenaan adalah terdiri daripada mereka yang didakwa menolak konsep khemah besar yang dipelopori sesetengah pimpinan Pakatan Harapan (PH) termasuk PKR.

“Undilah calon-calon yang konsisten menolak khemah besar. Pilih calon yang mempunyai kepakaran masing-masing yang boleh digunakan untuk membina kekuatan parti.

“Kita wajar menjauhi budaya mengangkat pemimpin yang hanya mahu mengisi jawatan tetapi tidak berfungsi atau tidak ada sebarang idea untuk menambah baik parti,” katanya.

Pemilihan MPP PKR akan berlangsung pada Kongres Nasional PKR Sabtu ini dengan 20 kekosongan jawatan manakala pengundian pemilihan Ahli Majlis Pimpinan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Jumaat dengan masing-masing 20 jawatan.

Seramai 74 calon terdiri daripada pelbagai jawatan di peringkat pusat dan negeri telah menawarkan diri bagi merebut 20 tempat dalam MPP sebaik tempoh pencalonan ditutup jam 12 tengah malam, 31 Mei lalu.

Pemilihan secara fizikal membabitkan lima perwakilan yang dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, dua calon dari Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang dan empat orang dipilih dari Mesyuarat Agung Tahunan AMK Cabang.


Rafizi menyenaraikan bekas Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; calon Ketua AMK, Fahmi Zainol; Ketua PKR Sungai Petani, Ooi Tze Min; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan; Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Balik Pulau, Muhammad Baktiar Wan Chik; Ahli Parlimen Merbok, Nurin Aina @ Nor Azrina Surip; selebriti, Datuk Hans Isaac; Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Low Hasid Hui dan Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai.

Sebelum ini, ketika bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi menamakan pasukannya termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Haron yang bertanding jawatan Naib Presiden PKR bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang serta bekas Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan.

Turut dalam pasukan Rafizi bekas Ketua Wanita PKR Selangor, Rodziah Ismail dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Fahmi Zainol masing-masing bertanding jawatan Ketua Wanita PKR dan Ketua AMK.

Bagi jawatan Naib Presiden, semua calon yang dinamakan kecuali Manivannan berjaya merebut jawatan manakala Rodziah dan Fahmi tidak terpilih dalam jawatan masing-masing.

Rodziah yang awalnya diumumkan menang Ketua Wanita PKR, dalam keputusan rasmi diisytiharkan tewas kepada Senator Fadhlina Sidek dengan 32 undi selepas audit forensik dijalankan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Rafizi berkata, beliau mengalu-alukan semua calon yang menawarkan diri untuk bertanding namun mahukan barisan pimpinan yang ideal untuk meneruskan gelombang suara akar umbi yang telah dizahirkan bagi pimpinan peringkat atas.

“Pilih calon-calon yang tidak pernah terpalit dengan episod yang membawa masalah kepada parti. Elakkan dari mengundi calon yang pernah bersekongkol dengan individu atau kumpulan yang telah mengkhianati parti, atau kumpulan yang membawa budaya bodek/samseng yang ditolak anggota parti baru-baru ini,” katanya.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...