• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Permohonan Laidlaw Wakili Najib Dalam Rayuan Akhir Kes SRC Ditolak’

oleh Mohd Arshad
21/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Permohonan Laidlaw Wakili Najib Dalam Rayuan Akhir Kes SRC Ditolak’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Queen’s Counsel (QC) atau peguam kanan daripada United Kingdom, Jonathan Laidlaw, untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman menerusi sidang video, berkata tidak ada keperluan untuk membawa masuk QC bagi mewakili Najib dalam rayuan akhir berkenaan.

Beliau berkata, Laidlaw tidak dapat menunjukkan bahawa beliau memiliki kelayakan khas dan pengalaman bagi mengendalikan kes atau rayuan seperti yang dihadapi Najib.

Katanya, peguam itu juga tidak dapat menunjukkan bahawa kelayakan dan pengalamannya tidak dimiliki oleh mana-mana peguam di negara ini bagi tujuan berkenaan.

Pada 31 Mei lalu, Laidlaw memfailkan permohonan supaya diterima masuk dan didaftarkan sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya di mana peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan berkenaan.

Antara alasan dikemukakan Muhammad Shafee ialah peguam itu mempunyai kelayakan dan kepakaran yang tidak boleh didapati dalam kalangan peguambela dan peguamcara di negara ini.

Ia adalah kerana rayuan terakhir kes SRC International membabitkan isu yang serius, kompleks dan novel iaitu cabang undang-undang jenayah dan sivil, amalan dan keterangan, hak perlembagaan, cara pendakwaan dijalankan oleh pihak Pendakwa Raya, penghakiman kes mahkamah jenayah oleh mahkamah perbicaraan dan pentadbiran sistem Keadilan Jenayah.

Pada 25 Januari lalu, Najib melalui Muhammad Shafee dalam sepucuk surat dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon supaya Najib dibenarkan untuk diwakili seorang QC iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom.

Permohonan itu dibuat atas alasan QC mempunyai kepakaran untuk menasihati dan berpengalaman mengendalikan rayuan akhir Najib yang sangat kompleks dan membabitkan isu serta persoalan perundangan baharu bukan sahaja dalam bidang kuasa negara ini, malah di negara Komanwel.

BHonline-

Tags: Datuk Seri Najib RazakJonathan LaidlawSRC International Sdn Bhd
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Samsung SDI Bina Kilang RM7 Bilion Di Negeri Sembilan

Next Post

Kes Baharu Covid-19 Catat Lebih 5,000, 13 Kematian

Related Posts

Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra – Najib

Bercuti Bersama Keluarga, Tak Masuk Akal Bawa Pegawai Wisma Putra – Najib

23/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, tiada keperluan untuk membawa pegawai Wisma Putra pada...

Kenapa Saya Dipersalahkan?: Najib

Kenapa Saya Dipersalahkan?: Najib

20/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau mempengaruhi keputusan Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengadakan usaha sama dengan...

Next Post
Kes Baharu Covid-19 Catat Lebih 5,000, 13 Kematian

Kes Baharu Covid-19 Catat Lebih 5,000, 13 Kematian

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd