• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Mabuk Langgar Warga Emas Ditahan

oleh AK-47
01/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pemandu Mabuk Langgar Warga Emas Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Port Dickson : Polis menahan lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas di Kilometer 5, Jalan Seremban- Port Dickson, di sini, malam kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Video kejadian jam 10.50 malam itu tular di laman sosial memaparkan orang ramai mengerumuni Proton Iswara berwarna kuning dipercayai pemandunya masih berada di dalam kereta.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berumur 21 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Rabu, yang mana pemandu Proton Iswara itu dalam perjalanan dari arah Lukut menghala ke Port Dickson.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandunya hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah motosikal jenis SYM yang ditunggang lelaki berusia 68 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, warga emas berkenaan mengalami kecederaan parah di badan dan kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Port Dickson kira-kira jam 9 pagi Khamis.

“Suspek ditahan dan sampel darah sudah diambil untuk ujian toksikologi kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, Aidi Sham menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video atau memuat naik sebarang spekulasi di laman sosial mengenai kejadian itu kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.

Pada Khamis, tular video berdurasi 45 saat memaparkan kekecohan berlaku dipercayai akibat kejadian langgar lari sehingga menyebabkan kematian seorang individu.

-Harian Metro

Tags: ditahanpemandu mabukwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr. Malar Santhi (Celoteh Dr Malar) tampil menyuarakan pandangan agar Malaysia memperketatkan...

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd