Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sukar Kenal Pasti Jenazah...

KUALA LUMPUR - Proses pengecaman mayat mangsa insiden kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Mangsa banjir di Pahang berkurangan kepada 284 orang setakat pukul 8...

Akim, Stacy Tak Tolak...

PASANGAN Akim Ahmad dan Stacy Anam yang berkahwin pada Februari lalui mengakui bahawa...

PROTON SUV X70 Boleh...

SUBANG JAYA - Proton Holdings Bhd (PROTON) mengumumkan nama rasmi model SUV pertamanya...

Muda Tubuh Jawatankuasa Pemilihan Calon Pilih Individu Terbaik

JOHOR BAHRU : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Calon bagi memilih individu bersesuaian yang akan dicalonkan dalam pilihan raya pada masa depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan pemilihan calon yang dibuat adalah telus dengan mengambil kira pelbagai aspek berbeza.

Antara kriteria yang diambil kira termasuk latar belakang calon, integriti, pengaruh setempat, kemahiran dimiliki dan gerak kerja yang selari dengan amalan politik dasar dan politik khidmat.

“Ini berbeza dengan amalan lazim kebanyakan parti politik ketika ini, iaitu pemilihan calon adalah kuasa mutlak Presiden. Jadi, perubahan ini akan membolehkan kita memilih calon terbaik untuk sesuatu kawasan secara telus,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Rakyat anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang turut dihadiri Timbalannya, Amira Aisya Abdul Aziz.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar memberitahu, jawatankuasa berkenaan akan menilai kemampuan kepimpinan tertinggi parti untuk diletakkan sebagai calon di sesuatu kawasan, termasuk bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Jawatankuasa ini akan terdiri daripada pelbagai lapisan bermula daripada Ketua Parlimen Muda, kemudian dibawa ke peringkat Jawatankuasa Negeri, Jawatankuasa Pusat, Biro Politik dan seterusnya ke Majlis Presiden, banyak lapisan akan dilalui sebelum membolehkan seseorang menjadi calon Muda.


“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang disertai Muda sebelum ini, jawatankuasa berkenaan masih belum dibentuk dengan pencalonan hanya dibuat di peringkat Biro Politik. Jadi, ini antara penambahbaikan yang kita lakukan.

“Saya lebih rela tempoh masa pemilihan calon itu lebih lama dan sukar agar kita dapat meletakkan calon terbaik yang akan mampu berkhidmat kepada masyarakat setempat, menang atau kalah itu adalah satu tanggungjawab yang sangat besar,” jelasnya.

Sementara itu, Amira Aisya memberitahu, pihaknya akan mengadakan mesyuarat seawal minggu depan bagi memulakan proses lantikan ahli yang akan menganggotai Jawatankuasa Pemilihan Calon berkenaan.

“Selepas itu beberapa perbincangan akan dijalankan sebelum dapat memutuskan siapakah yang akan menganggotai jawatankuasa tersebut,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori