Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Politeknik Port Dickson Terima...

SEREMBAN - Politeknik Port Dickson hari ini diiktiraf sebagai ‘Centre Of Technology’ (COT),...

Pemuda PAS Cadang Had...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat mencadangkan Kumpulan...

Mohaiyani Wanita Pertama Jadi...

KUALA LUMPUR - Malayan Banking Berhad (Maybank) mengumumkan Pengerusinya, Tan Sri Megat Zaharuddin...

TVET Teras Lahir Tenaga...

KUALA LUMPUR - Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) berperanan penting bagi melahirkan...

Mengapa Bandar Drogheda, Ireland Menggunakan Lambang Bulan Bintang Islam?

KEBULURAN kentang atau ‘potato famine’ antara 1845 hingga 1849 di Ireland merupakan malapetaka besar yang menyebabkan berjuta kematian akibat kebuluran dan berjuta orang lagi meninggalkan negara mereka dengan sebahagian besarnya berhijrah ke Amerika Utara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Amat sukar untuk menggambarkan kerosakan yang disebabkan oleh kebuluran kepada begitu ramai orang Ireland; penderitaan sangat besar sehinggakan kesan psikologinya masih wujud hingga ke hari ini.

Bayangkan, suatu hari, dalam hidup penuh kesengsaraan di kala tiada siapa yang ambil peduli, tiba-tiba berlabuh beberapa kapal yang amat asing di pelabuhan Drogheda membawa harapan serta ehsan kepada penduduk Ireland.

Hampir seperti dalam kisah dongeng, rupanya ada seorang Sultan dari negeri yang jauh mendengar tentang tragedi rakyat Ireland dan bergegas menghantar beberapa kapal yang penuh dengan makanan serta ubat-ubatan.

Rakyat Ireland miskin yang sedang mati kelaparan dan dihurung pelbagai penyakit tidak menduga langsung akan ada orang luar mahu membantu mereka.

Itulah yang berlaku apabila Sultan Abdul Mejid, pemerintah kerajaan Uthmaniah Turkiye dimaklumkan oleh doktor giginya yang berbangsa Ireland terhadap penderitaan rakyat negara berkenaan.

Baginda yang berasa amat simpati memutuskan untuk menghantar bantuan kepada mereka. Pada mulanya baginda ingin menderma £10,000 kepada orang yang kelaparan, tetapi apabila diplomat British mendapat tahu, mereka terkejut dan malu bahawa Ratu Victoria hanya menderma £2,000.

Kerajaan British enggan menerima derma Sultan Abdul Mejid dan hanya bersetuju dengan derma 1,000 paun yakni jumlah yang lebih rendah daripada yang diberikan oleh Ratu England berkenaan.

Di sebalik halangan kerajaan British, sultan berhati mulia itu tetap juga secara rahsia menghantar lima muatan kapal makanan dan ubat-ubatan.

Kerajaan British berasa malu dan tentera mereka cuba menghalang kedatangan bantuan dari Turkiye. Bagaimanapun, kapal-kapal itu tetap berjaya melepasi sekatan dan sampai ke pelabuhan Drogheda, dari mana mereka mula mengagihkan makanan kepada rakyat Ireland.


Penduduk Drogheda sangat bersyukur dan kemudiannya memutuskan untuk memasukkan simbol Islam dan Uthmaniyyah ke dalam jata bandar itu. Ia benar-benar kedengaran seperti kisah dongeng, namun ia merupakan tanda empati yang hebat.

Kita boleh bayangkan kegembiraan orang-orang yang kelaparan itu apabila melihat kapal-kapal Turkiye tiba dengan begitu banyak makanan. Menurut James Hack Tuke, orang-orang itu hidup miskin hanya dengan sayur-sayuran lobak, belut dan rumpai laut, diet yang tidak dianggap sesuai walaupun untuk haiwan.

Tetapi kisahnya tidak berakhir di sini.

Semasa Perang Crimea, Britain menyertai Empayar Uthmaniyyah untuk menentang Empayar Rusia yang semakin berkembang. Kira-kira 30,000 askar Ireland bertempur dalam perang berkhidmat dengan penuh semangat dalam mempertahankan Sultan yang telah banyak membantu mereka pada masa mereka sangat memerlukan.

Pertunjukan belas ehsan itu bahkan diingati semasa Perang Dunia Pertama, apabila pegawai British mengadu bahawa tentera Ireland tidak mahu memerangi Uthmaniyyah kerana mereka masih mengenang jasa Sultan Abdul Mejid, sultan negeri jauh yang menghantar bantuan semata-mata atas dasar kemanusiaan dan menolong ketika orang lain tidak berbuat demikian.

Malah, kelab bola sepak Drogheda juga menggunakan lambang bulan bintang Islam dalam logo mereka sehingga kini.

Baginda almarhum Sultan Abdul Mejid ini adalah contoh sifat kemanusiaan yang jelas. Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Sultan Abdul Mejid meninggalkan jasa yang menjadi sebutan sehingga kini.

***Dalam beberapa tahun ini, ada sarjana barat yang cuba mengecilkan jasa Sultan Abdul Mejid dengan mengatakan bantuan itu dihantar bagi mendapatkan sokongan British dalam perang Crimea.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori