• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

oleh Mohd Arshad
05/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima penyerahan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11,875,079 daripada 10 syarikat korporat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Changkat Persekutuan di Kuala Lumpur, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majlis penyerahan didahului oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang diwakili Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Tabung Haji, Mustakim Mohamad dengan jumlah bayaran RM7,170,596.

Ini diikuti FGV Holding Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Mohd. Nazrul Izam Mansor dengan jumlah zakat perniagaan RM1,204,881.

Bank Rakyat diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangan, Nor Haimee Zakaria yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM878,540.

Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad berjumlah RM695,330 yang diserahkan oleh Ahli JawatanKuasa Shariah, Profesor Datuk Dr. Mohd. Azmi Omar.

Serahan zakat perniagaan daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) berjumlah RM592,374 diserahkan oleh Ahli Jemaah Pengarah, Datuk Aimi Jusoh manakala Bank Islam Malaysia Berhad diwakili Pengerusinya, Tan Sri Ismail Bakar dengan jumlah zakat RM435,000.

Boustead Plantations Berhad menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM296,623 yang diserahkan oleh Pengarah Boustead Plantations Berhad, Datuk Seri Khairuddin Abu Bakar.

Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Bank Muamalat Malaysia Berhad yang diwakili Ketua Jabatan Shariah, Mohd. Izuwan Mahyudin berjumlah RM276,734.

R & Z Enterprise dan Sinar Beseri masing-masing diwakili oleh Azim Radin Mustapha Amiruddin dan Shahril Azwan Mutadho menyerahkan zakat berjumlah RM200,000 dan RM125,000.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr. Mohd Zahidi Zainuddin; Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini, Anggota MAIPk, Datuk Dr. Ansary Ahmed dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari.

-Utusan Online

Tags: MAIPKZakatZakat Perniagaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd