• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP Benarkan Ahli Beli Perlindungan Guna Akaun 2

oleh Mohd Arshad
12/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KWSP Benarkan Ahli Beli Perlindungan Guna Akaun 2
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membeli produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat serta penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia boleh dilakukan menerusi platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli, dengan tawaran perlindungannya berkuat kuasa serta merta.

Tawaran i-Lindung itu untuk memudahkan pembelian produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.

Ahli yang ingin membeli produk insurans dan menyertai produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan KWSP boleh melakukannya melalui platform i-Lindung yang terkandung dalam portal i-Akaun (Ahli) KWSP.

Syarikat insurans dan pengendali takaful itu adalah FWD Takaful Bhd, Prudential Assurance Malaysia Bhd, Prudential BSN Takaful Bhd, Etiqa Life Insurance Bhd dan Etiqa Family Takaful Bhd.

Platform layan diri i-Lindung, yang boleh diakses pada bila-bila masa, membolehkan ahli mendapatkan maklumat produk sedia ada berserta harga dan memperoleh sebut harga sebelum melakukan pembelian pada bila-bila masa, di mana juga.

Paparan tunggal polisi/sijil yang telah dibeli juga akan disertakan, seterusnya memudahkan ahli untuk merujuknya dengan pantas dan selamat.

Untuk nilai tambah, syarikat insurans dan pengendali takaful di platform i-Lindung mampu menyediakan perlindungan tambahan dan menyesuaikan harga produk mereka mengikut kemampuan ahli.

Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, menerusi Program Transformasi GLC yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memacu pemulihan dan pembinaan semula ekonomi negara pasca-pandemik melalui ekosistem syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), salah satu aspek terpenting adalah pengukuhan perlindungan sosial dan tanggungjawab diberikan kepada KWSP.

“Setakat ini, strategi ini telah pun membuahkan hasil, yang mana pendaftaran ahli baharu telah meningkat 57 peratus kepada 146,000 ahli dalam suku pertama 2022, manakala pencarum sukarela terkumpul di bawah program i-Saraan telah melonjak naik 77 peratus kepada 599,000 orang,” katanya pada majlis pelancaran i-Lindung KWSP.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir semasa menyampaikan ucapan alu-aluan berkata, Pelan Perlindungan Ahli adalah satu lagi kejayaan KWSP menyediakan saluran perlindungan sosial dan keselamatan kewangan kepada ahlinya sekira berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

“Perlindungan melalui insurans/takaful adalah antara komponen utama bagi kesejahteraan kewangan yang KWSP menggalakkan ahli untuk mendapatkannya bagi melindungi mereka daripada ketidaktentuan kewangan.

“Kemudahan i-Lindung amat bermanfaat untuk ahli KWSP untuk mendapatkan perlindungan insurans/takaful kerana pihak KWSP bersama-sama pihak syarikat insurans dan pengendali takaful ingin memastikan produk yang ditawarkan kepada ahli adalah pada kadar yang sangat mampu milik,” katanya.

Ahli di bawah umur 55 tahun yang mempunyai baki yang mencukupi dalam Akaun 2, warganegara Malaysia dan pengguna i-Akaun layak untuk membeli produk di bawah i-Lindung.

Mereka yang berumur 55 tahun ke atas juga boleh membeli produk di bawah i-Lindung, dengan syarat mereka berada dalam lingkungan umur kelayakan produk berkaitan serta mengekalkan jumlah minimum RM100 dalam Akaun 55 atau Akaun Emas.

Maklumat lanjut mengenai Pelan Perlindungan Ahli i-Lindung boleh dirujuk menerusi saluran komunikasi rasmi KWSP melalui laman web www.kwsp.gov.my, atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.

-Berita Harian

Tags: Akaun 2KWSPperlindungan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd