• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korban Covid-19 Melonjak Semasa Gelombang Haba

oleh Mohd Arshad
30/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Korban Covid-19 Melonjak Semasa Gelombang Haba
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Kadar kematian akibat Covid-19 di Britain mencatatkan lonjakan pada hari negara berkenaan merekodkan suhu paling panasnya, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pakar-pakar kesihatan melihat situasi tersebut sebagai petanda pertama kemungkinan berlaku peningkatan kematian Covid-19 akibat gelombang haba.

Angka rasmi menunjukkan 258 orang yang dijangkiti virus Covid-19 meninggal dunia pada 19 Julai lalu di England, hari yang sama suhu mencecah 40.2 darjah celcius.

Angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 100 kes (68 peratus) dalam masa seminggu. Ia juga jumlah kematian harian tertinggi sejak April lepas ketika jangkitan berada pada tahap tertinggi menyamai rekod terdahulu.

Bagaimanapun, jumlah kematian semasa itu masih kecil berbanding ketika Britain berdepan kemuncak wabak Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Saintis- saintis berkata jangkitan Covid-19 berada pada tahap yang sangat tinggi ketika gelombang haba melanda Britain.

Mereka menyatakan bahawa peningkatan kematian mungkin berlaku dalam kalangan orang yang menghidap penyakit berkaitan gelombang haba tetapi pada masa yang sama, dijangkiti Covid-19.

Angka kematian harian Covid-19 di Britain meningkat secara perlahan-lahan sejak awal bulan ini, manakala 3.1 juta penduduk Britain dijangkiti koronavirus pada hari-hari menjelang 19 Julai lalu.

Gelombang haba menyebabkan sehingga 2,000 rakyat Britain meninggal dunia setiap kali musim panas kerana dehidrasi dan serangan strok haba yang menyebabkan darah beku, strok dan kemerosotan kesihatan dalam kalangan mereka yang sudah berpenyakit.

Kemalangan dan kecederaan termasuk kemalangan kereta, juga lebih kerap berlaku semasa musim panas.

Walaupun angka kematian sebenar yang dikaitkan dengan dua hari paling panas minggu lalu tidak akan diketahui dalam tempoh beberapa bulan ini, pakar-pakar menganggarkan lebih 800 orang mati di seluruh Britain pada Isnin dan Selasa lalu sahaja.

Bagaimanapun, tidak semua kematian itu disebabkan oleh virus Covid-19 semata-mata.

Data berasingan menunjukkan Covid-19 menjadi punca hanya enam daripada 10 kematian yang terkandung dalam statistik kerajaan.

Pakar Penyakit Berjangkit Universiti East Anglia, Profesor Paul Hunter, memberitahu bahawa gelombang haba boleh membunuh dalam jumlah yang sangat besar.

“Sebahagian daripada peningkatan kematian adalah tiada kaitan dengan jangkitan Covid-19, manakala kematian lain adalah dalam kalangan orang yang dijangkiti dan sepatutnya boleh diselamatkan sekiranya gelombang haba tidak melanda,” kata Hunter.

-Kosmo Online

Tags: Covid-19gelombang habaKorban COVID-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

15/08/2025
0

ISTANBUL - Gaza kini mencatatkan peningkatan mendadak kes penyakit kulit berikutan gelombang haba yang melanda wilayah itu, kata Pengarah Hospital...

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd