• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Coklat Terbesar Dicemari Salmonella

oleh Mohd Arshad
02/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kilang Coklat Terbesar Dicemari Salmonella
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS, Belgium – Pengeluaran di kilang coklat terbesar dunia di Belgium dihentikan selepas pencemaran Salmonella dikesan di premis tersebut, lapor portal berita MailOnline.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kilang gergasi milik syarikat Switzerland, Barry Callebaut di bandar Wieze, menghentikan pengeluaran serta-merta selepas bakteria berbahaya itu ditemui dalam mesin adunannya.

Barry Callebaut menghasilkan coklat cair yang dijual secara borong kepada 73 syarikat terkemuka seperti Hershey, Mondelez, Nestle dan Unilever.

Setakat ini, tiada laporan mengenai mana-mana pengguna coklat dijangkiti salmonella.Bakteria itu menyebabkan penyakit salmonellosis dengan simptom cirit-birit dan demam.

“Semua produk keluaran Barry Callebaut dihentikan penjualannya selepas keputusan ujian diperoleh.

“Barry Callebaut sedang menghubungi semua pelanggan yang mungkin menerima produk tercemar. Pengeluaran coklat di Wieze kekal digantung sehingga diberitahu kelak,” kata jurucakap syarikat, ­Korneel Warlop.

Kebanyakan produk yang didapati tercemar masih berada di dalam kilang, manakala syarikat itu tidak menjual produk secara terus kepada pengguna. Justeru, tiada kebimbangan produk tercemar akan mengisi rak-rak kedai serta pasar raya.

Bagaimanapun, firma itu tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghubungi semua pelanggannya dan meminta mereka tidak menghantar sebarang produk yang menggunakan coklat Barry Callebaut bermula 25 Jun lepas.

“Keselamatan makanan adalah sangat penting untuk Barry Callebaut dan pencemaran ini agak luar biasa.

“Kami mempunyai piagam dan prosedur keselamatan makanan yang jelas dalam situasi sebegini,” kata firma itu.

Barry Callebaut adalah syarikat pengeluar coklat nombor satu dunia dengan jualan tahunan mencecah 2.2 juta tan pada tahun kewangan 2020 hingga 2021.

-Kosmo Online

Tags: Dicemarikilang coklatKilang Coklat TerbesarSalmonella
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salmonella Ditemui Dalam Kilang Coklat Terbesar Dunia

Salmonella Ditemui Dalam Kilang Coklat Terbesar Dunia

30/06/2022
0

BRUSSELS: Bakteria Salmonella ditemui di kilang coklat terbesar yang dikendalikan oleh oleh syarikat gergasi Switzerland, Barry Callebaut, di bandar Wieze,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd