• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketirisan Minyak Masak Subsidi Didalangi Pihak Tertentu: Annuar

oleh AK-47
11/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ketirisan Minyak Masak Subsidi Didalangi Pihak Tertentu: Annuar
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Pasukan Jihad Tangani Inflasi mendedahkan ketirisan bekalan minyak masak subsidi ke Thailand didalangi pihak tertentu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut pihak berkaitan, namun berkata mereka mempunyai bukti yang cukup hasil siasatan dilakukan.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia turut memberi amaran supaya pihak berkenaan menghentikan perbuatan itu dan beliau tidak teragak-agak untuk merombak semula keseluruhan sistem bekalan minyak subsidi sedia ada sekiranya ketirisan itu masih berlaku.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang cukup bahawa berlaku ketirisan minyak masak subsidi yang besar sehinggakan bekalan minyak tidak putus di pekan Golok, Thailand, dijual dengan harga RM7.

“Malah, mereka boleh menjualnya dengan banyak dan ini bererti perbuatan ini bukan dilakukan penyeludup kecil, sebaliknya ia secara terus dari kilang.

“Hasil penyiasatan yang dibuat mendapati ada keterlibatan pihak-pihak tertentu yang menyebabkan berlakunya ketirisan. Saya tidak boleh mengumumkan di sini kerana siasatan lanjut masih dilakukan dan tidak mahu usaha yang kami lakukan gagal.

“Ada yang sudah diambil tindakan dan bakal diambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Qurban Perdana dan Majlis Akikah di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), di sini, hari ini.

Annuar berkata, sekiranya sistem sedia ada dirombak, ia akan menjejaskan peluang pekerjaan sesetengah orang, namun pihaknya tidak boleh mengutamakan beberapa peniaga, sebaliknya rakyat yang perlu diutamakan.

“Minggu hadapan, saya akan mengadakan pertemuan dengan 22 pengilang besar yang mengeluarkan minyak secara pukal sebelum minyak mereka dihantar kepada kilang pembungkusan semula.

“Saya sendiri mahu berjumpa kesemua mereka untuk menyampaikan mesej yang tegas. Mereka mesti mematuhi peraturan dan bekerjasama bagi mengekang kebocoran minyak masak.

“Sekiranya usaha ini juga gagal, saya akan bertindak tegas dan tidak teraagak-agak untuk mengubah keseluruhan sistem selagi mana minyak masak subsidi ini disalahgunakan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Minyak MasakMinyak Masak Subsidisubsidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd