• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tipu Pakej Haji: Polis Tahan Lima Individu

oleh AK-47
10/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kes Tipu Pakej Haji: Polis Tahan Lima Individu
Share on FacebookShare on Twitter

Lima termasuk dua wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tipu tawaran pakej haji dan visa yang tidak wujud membabitkan hampir 400 bakal jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lepas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah dalam kenyataan malam ini berkata kesemua suspek warga tempatan berumur lingkungan 28 hingga 50 tahun itu ditahan setelah polis menerima 18 laporan kes penipuan pakej haji melibatkan kerugian RM683,500 setakat ini.

Menurutnya, satu laporan terbaharu berkenaan dakwaan penipuan pakej haji itu diterima Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju pada 7 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ashari Abu berkata siasatan awal mendapati pengadu dalam laporan terbaharu itu mendakwa telah berurusan dengan suspek dari sebuah agensi pelancongan di Taman Danau Kota, Setapak dan telah membayar sebanyak RM35,000 ke akaun bank milik agensi pelancongan berkenaan.

Bagaimanapun agensi tersebut sering menunda tarikh penerbangan ke Makkah dari tarikh asal yang ditetapkan.

“Pada 7 Julai, mangsa telah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mendapati tiada sebarang tempahan tiket penerbangan ke Makkah dibuat atas nama mereka.

“Agensi berkenaan juga tidak membuat sebarang pemakluman malahan tiada wakil tampil memberi penjelasan berkaitan permasalahan dialami mangsa,” katanya.

Khamis lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di KLIA ekoran ditipu sebuah agensi pelancongan yang dipercayai menggunakan visa furada dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji.

-Malaysia Kini

Tags: HajiKes Tipu Pakej HajiPakej HajipolisTahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd