• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Suami Isteri: Polis Buru Adik

oleh AK-47
07/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kes Bunuh Suami Isteri: Polis Buru Adik
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh : Polis sedang memburu adik kepada lelaki yang ditemui maut bersama isteri dipercayai dibunuh di kediaman mereka di Taman Bercham Aman di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mangsa, Ng Chun Hon, 64 dan isterinya Ooi Tin Lu, 59, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, abang mangsa lelaki hadir di Balai Polis Bercham pada jam 8.50 pagi memaklumkan menemukan adik dan isterinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan polis tiba bersama paramedik dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati dua mangsa lelaki dan wanita yang tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

“Kedua-dua mangsa ditemukan berdekatan di ruang tamu dengan lelaki dalam keadaan tertiarap manakala wanita tersandar pada dinding yang disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Yahaya berkata, siasatan polis mendapati kedua-dua mangsa maut akibat cedera parah pada bahagian kepala kerana senjata tajam dan objek tumpul.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan punca kematian, kita mempercayai mangsa meninggal dunia malam tadi. Sehingga kini kita masih belum menemui senjata yang digunakan suspek.

“Kes ini akan disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mandatori,” katanya sambil memaklumkan mangsa lelaki seorang mekanik dan isteri suri rumah.

Beliau berkata, susulan kes ini polis juga sedang memburu Ng Chun Ming, 61, yang juga adik kepada mangsa lelaki yang maut.

“Pihak polis memburu suspek yang juga ahli keluarga mangsa, yang mana sudah menghilangkan diri bersama kenderaan jenis Proton Saga milik mangsa wanita.

“Kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek dapat berhubung terus dengan balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati suspek yang tidak bekerja mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera parah.

Menurutnya, ibu mangsa lelaki berusia 90 tahun yang sudah uzur dan berkerusi roda yang juga tinggal bersama-sama berada di rumah berkenaan ketika kejadian.

“Siasatan mendapati ada terdengar bunyi pergaduhan tetapi setakat ini tidak ada sesiapa yang melaporkan berkenaan perkara terbabit kepada pihak polis.

“Bedah siasat akan dijalankan dan kita masih lagi menyiasat motif kes pembunuhan ini,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Kes Bunuh Suami Isteripolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd