Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

200,000 Dijangka Maut Akibat...

WASHINGTON - Amerika Syarikat mungkin menyaksikan sehingga 200,000 orang maut akibat wabak koronavirus...

15 Kes Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Sebanyak 15 kes baharu COVID-19 yang melibatkan 11 kes penularan dalam negara dan...

SPRM Tahan 3 Guru...

PELABUHAN KLANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga guru lelaki termasuk...

PKR Pulau Pinang Mahu...

BUTTERWORTH - Sejumlah anggota PKR di Pulau Pinang mendesak parti itu memberi penjelasan...

Kerajaan Kenal Pasti Negara Sumber Import Ayam Beku

TANJONG KARANG: Kerajaan sudah mengenal pasti beberapa negara sumber untuk membekalkan ayam beku bagi mengimbangi kenaikan harga bahan itu di pasaran.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, berkata usaha mengimport bekalan itu akan dilaksanakan pihaknya melalui Coopmart yang mana, ia dijangka dibawa masuk September depan.

Beliau berkata, langkah mengimport ayam beku itu diambil bertujuan memastikan keperluan pengguna mencukupi.

“Perkara ini sudah dibawa dalam mesyuarat dan sudah diumumkan pada sidang Parlimen kelmarin.

“Kita kita sedang dalam proses membawa ayam dari luar (import) untuk membantu menyelesaikan kenaikan harga ayam di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang kali ke-42 di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang, di sini, hari ini.


Hadir sama, Pengerusi PPK Tanjong Karang, Mohd Ruzi Abu Hassan.

Dalam pada itu, Noh berkata, pembungkusan ayam beku yang diimport itu nanti akan menggunakan logo Coopmart.

“Sudah tentu harga ayam beku import dijual berpatutan berbanding harga ayam segar. Pengguna mempunyai banyak pilihan dan sudah tentu harga yang ditawarkan menerusi Coopmart lebih murah.

“Langkah ini diharap dapat membantu kerajaan menampung keperluan pengguna selain negara tidak lagi berdepan dengan masalah kekurangan bekalan ayam.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori