Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Britain Akan Rampas Pasport...

LONDON – Perdana Menteri ­Britain, David Cameron  semalam menggariskan rancangan untuk merampas pasport...

IMR Buat Ujian Strain...

KUCHING - Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sedang menjalankan ujian untuk menentukan strain virus...

Nora: Tak Mahu Berkahwin...

SIAPA yang dalam dunia tak mahu berkahwin kan?Itulah juga yang dirasai oleh pelakon...

Ini Sebab Ku Nan...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kekayaan...

Keluarga Pemilik Kelab Komedi Terima Ugutan Bunuh

KUALA LUMPUR : Polis menerima laporan yang mendakwa keluarga pemilik kelab komedi menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata laporan polis dibuat pemilik syarikat Mycomedy Sdn Bhd, semalam.

“Polis mengesahkan laporan yang dibuat, ugutan diterima oleh isteri pemilik kelab berkenaan daripada seorang lelaki tidak dikenali.

“Ugutan yang diterima mempunyai kaitan dengan kejadian simbahan cat di premis terbabit,” katanya.

Beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.


Semalam, media melaporkan premis restoran merangkap Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) itu disimbah cat berwarna merah dan hitam.

Kejadian itu disedari selepas pihak polis menerima panggilan berhubung insiden berkenaan daripada orang awam pada jam 7 pagi.

Pada 14 Julai lalu, polis menahan pengasas bersama kelab komedi berkenaan bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita menghina agama Islam dalam satu persembahan komedi berdiri di kelab itu.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari di sebuah lokasi di ibu negara.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori