Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mahkamah: Nasib Siti Bainun...

KUALA LUMPUR – Selepas 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, nasib pengasas Rumah...

MCA NS Usaha Dapa...

SEREMBAN - MCA Negeri Sembilan berharap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta pihak berkaitan...

Suami Isteri Tertinggal Anak...

BEIJING - Tertinggal buku atau cermin mata dalam pesawat memang sering berlaku. Bagaimanapun, satu...

Beckham Anggap Peminat Bagai...

KUALA LUMPUR - Penantian lebih lima jam kira-kira 2,000 peminat untuk melihat kelibat...

Kanak-Kanak Positif Dadah Makin Pulih

Kuala Krai : “Sudah seminggu anak dibenarkan pulang ke rumah dan alhamdulillah keadaannya semakin pulih,” kata ibu kepada kanak-kanak lelaki yang kritikal kerana terdapat kandungan dadah dalam badan, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Wanita berkenaan berkata, anaknya, kini sudah mampu bergerak seperti biasa namun belum dapat berjalan dengan normal memandangkan kanak-kanak itu juga berstatus orang kurang upaya (OKU).

“Sebaik tiub untuk bekalkan susu di hidungnya boleh ditanggalkan selepas dia mampu makan seperti biasa, anak saya dibenarkan pulang ke rumah.

“Hanya Allah sahaja tahu betapa leganya saya kerana selain keadaan anak semakin pulih, kami juga dapat menyambut Aidiladha di rumah.

“Anak juga sudah dapat makan minum seperti biasa tapi pergerakannya dilihat masih perlahan tambahan pula dia memang baru dapat berjalan kerana masalah kesihatan sejak lahir,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada sudah memaafkan atau tidak saudaranya yang kini sedang menjalani hukuman di penjara, wanita itu enggan menjawab sebaliknya memberitahu dia belum dapat melupakan kejadian yang menimpa anaknya.


Dalam kejadian 18 Jun lalu, kanak-kanak berusia empat tahun yang berasal dari Kampung Sri Bintang, Dabong, di sini, kritikal selepas dikesan terdapat methampethamine dalam badannya ketika di bawah jagaan seorang saudaranya.

Dia dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hampir tiga minggu.

Sepanjang anaknya menerima rawatan di hospital, dia yang menghidap kanser payu dara tahap akhir berkata, dia menguruskan mangsa berseorangan walau diri sendiri menanggung kesakitan.

“Saya kini semakin kerap berasa sakit di bahagian dada dan terpaksa bergantung kepada ubat yang perlu diambil setiap hari.

“Walau apa sekalipun, saya perlu menguruskan anak dan kami juga menumpang orang tua yang sudah uzur dan hanya menyara hidup dengan menoreh getah,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori