• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji Terkandas: 17 Laporan Polis Diterima

oleh AK-47
08/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Jemaah Haji Terkandas: 17 Laporan Polis Diterima
Share on FacebookShare on Twitter

Sepang : Sehingga jam 4.30 pagi tadi, polis sudah menerima 17 laporan berkaitan insiden jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Imran Abd Rahman ketika dihubungi berkata laporan berkaitan yang diterima adalah membabitkan dari beberapa balai termasuk IPD KLIA, Kajang, Setapak dan Temerloh oleh jemaah terhadap UC Travel.

Setakat ini, katanya, tiada butiran tepat berapa jemaah haji yang terkandas tetapi dijangka lebih 300 orang.

“Kebanyakan jemaah sudah pulang selepas insiden malam tadi.

“Polis masih belum pasti insiden ini membabitkan ‘scammer’ atau sebaliknya dan kita sedang menjalankan siasatan dalam segala aspek.

“Kita siasat sama ada terdapat elemen yang membabitkan jenayah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Apa pun, beliau menasihatkan jemaah yang ingin menunaikan haji supaya memilih agensi pelancongan haji yang ada rekod bagus.

Sementara itu, katanya, dalam insiden semalam berlaku sedikit kecoh tetapi keadaan terkawal oleh anggota polis bertugas.

“Alhamdulillah kita dapat kawal keadaan memang kita faham perasaan, bayaran dibuat sehingga puluhan ribu.

“Last minute (saat akhir) tak dapat pergi… nak pergi haji pun boleh naik berang,” katanya.

Selain itu, katanya, polis sudah menemubual pemilik UC Travel secara lisan.

“Kita dah interview (temu bual) dia (pemilik) secara lisan semalam untuk dapatkan cerita. Temu bual dan rekod keterangan dua perkara berlainan. Ekoran daripada report (laporan) ini kita akan jalankan siasatan jika terdapat elemen menipu,” katanya

Difahamkan, jemaah haji berkenaan dijanjikan penerbangan ke Jeddah, Mekah semalam pada Khamis.

Semalam, mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Sementara itu, laporan media melaporkan di Makkah hampir semua jemaah dari seluruh dunia sudah berada di Tanah Suci Makkah bagi melakukan ibadah haji dengan bersiap sedia untuk berwukuf di Arafah hari ini.

Ibadah haji terbesar sejak wabak Covid-19 bermula Rabu dengan ratusan ribu jemaah yang kebanyakannya tidak memakai pelitup muka dijangka memenuhi lokasi paling suci bagi umat Islam untuk menunaikan haji.

-Harian Metro

Tags: Jemaah Haji Terkandaslaporan polispolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd