• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tukar Tanah Mindef: MB Johor Beri Keterangan

oleh AK-47
05/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Tukar Tanah Mindef: MB Johor Beri Keterangan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen bagi Prosiding Tukaran Tanah Kementerian Pertahanan (Mindef), semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Onn Hafiz adalah saksi keempat prosiding itu berikutan pendedahan Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) kepada PAC, iaitu beliau mempunyai kaitan dalam projek pembinaan Kem Paloh di Kluang bermula 2016 dengan kaedah tukaran tanah.

“Dalam prosiding yang diadakan di Pejabat Daerah Kluang, Johor, Datuk Onn Hafiz hadir atas kapasiti sebagai bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan dari 2013 hingga 2018, dan siasatan PAC adalah menjurus kepada peranan yang dimainkan beliau dalam cadangan pembinaan Kem Paloh, Kluang mulai tahun 2016,” menurut kenyataan itu.

Wong memaklumkan Ketua Setiausaha Mindef Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Mindef Datuk Dr Shahrazat Ahmad turut hadir memberikan keterangan di hadapan PAC dalam prosiding yang berlangsung selama dua jam, bermula pada 4 petang.

Beliau berkata, saksi-saksi yang telah dipanggil jawatankuasa itu sebelum ini bagi isu berkenaan adalah Pengerusi JKSTUPKK Tan Sri Ambrin Buang pada 16 Nov 2020; Muez pada 30 Nov 2020 dan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 Dis 2021.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan meneliti semua keterangan saksi dan seterusnya memuktamadkan laporan bagi prosiding berkenaan.

Projek tukaran tanah dan pembinaan baharu ini, yang bermula pada 2012 asalnya, melibatkan tukaran tanah kem asal iaitu Kem Kinrara, Selangor seluas 38.04 hektar, pembinaan fasiliti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sendayan, Negeri Sembilan dan pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Namun pada 2016, cadangan pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan telah ditukar menjadi cadangan pembinaan Kem Paloh, Kluang.

Wong berkata, sebelum prosiding bermula, PAC pada sebelah pagi melawat Kem Paloh seluas kira-kira 26.31 hektar bagi meninjau perkembangan pembinaan kem berkenaan yang dibangunkan bagi menempatkan Markas 33 Rejimen Artileri Diraja (33 RAD) dan 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

-Harian Metro

Tags: Isu Tukar Tanah MindefketeranganMB Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

MCMC Rakam Keterangan Ketua Editor, Pengarang Dalam Talian China Press

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang Dalam Talian China Press, berhubung...

Kes Nahas Pelajar UPSI: 18 Saksi Sudah Beri Keterangan, Video Tular Dianalisis Forensik Bukit Aman

Kes Nahas Pelajar UPSI: 18 Saksi Sudah Beri Keterangan, Video Tular Dianalisis Forensik Bukit Aman

11/06/2025
0

IPOH: Polis sudah merekodkan kenyataan 18 individu bagi membantu siasatan nahas ngeri di Kilometer 53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd