• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Nafi Ada Dua Kem Dalam UMNO

oleh AK-47
02/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Ismail Sabri Nafi Ada Dua Kem Dalam UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan dakwaan wujudnya dua kem dalam Umno.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dia yang juga naib presiden Umno menegaskan hanya ada satu kumpulan yang mengetuai pucuk pimpinan parti itu.

“Tiada kem dalam Umno…hanya ada satu kem dalam Umno,” katanya kepada pemberita ketika ditanya dakwaan bahawa Umno kini mempunyai dua kem susulan pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mengenai isu dalaman parti itu sebelum ini.

Mengenai desakan beberapa pihak untuk kerajaan menarik semula lantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, perdana menteri meminta agar keputusan pelantikan itu tidak dipersoalkan.

Tegasnya, pelantikan Tajuddin bagi jawatan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Itu (lantikan Tajuddin) sudah diluluskan Kabinet dan diserah pada Agong… dah dapat perkenan (Agong). Sepatutnya dah serah watikah…tapi Agong gering waktu nak serah (watikah)..tapi lepas ini akan diserahkan.

“Jangan kita persoalkan kuasa Agong pula. Agong dah perkenan, (takkan) kita (kerajaan) pula nak tarik balik,” katanya.

Baru-baru ini Umno menjadi perhatian umum selepas Tajuddin membuat pendedahan mengenai isu dalam parti termasuk soal menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Umno masih menunggu keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk meluluskan pindaan perlembagaan parti itu sehingga 16 Julai ini.

Pada Mei lepas, Umno sebulat suara meluluskan Pindaan Perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum memberi ruang kepada ahli untuk memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

-Malaysia Kini

Tags: Ismail SabrinafiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd