• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Meteor Delta Aquariids 1 Pagi Ini

oleh Mohd Arshad
28/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hujan Meteor Delta Aquariids 1 Pagi Ini
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Rakyat Malaysia terutama para peminat bidang falak berpeluang menyaksikan kemuncak curahan meteor Delta Aquariids di langit seluruh negara awal pagi esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) menerusi hantaran berbentuk infografik dalam laman sosialnya, peristiwa nadir tersebut dijangka berlaku sekitar pukul 1 pagi.

“Kemuncak hujan tahi bintang berkenaan, secara purata sejumlah 20 meteor itu akan dapat dilihat jelas dalam masa sejam ketika keadaan langit gelap dan cuaca yang baik,” jelasnya.

Agensi tersebut malah menjangkakan, kenampakan curahan meteor itu adalah baik kerana kebetulan tiada gangguan daripada pantulan cahaya bulan bulan semasa berlaku kemuncak.

Insiden alamiah itu sekali gus ibarat menutup takwim Islam 1443 Hijrah apabila ia terjadi pada tarikh 29 Zulhijah sebelum umat Islam meraikan ketibaan 1 Muharam pada senja 29 Julai.

Mysa dalam pada itu menyatakan fenomena hujan meteor Delta Aquariid sebenarnya telah pun dapat dilihat penggemar sains astronomi sejak 12 Julai lalu hingga 23 Ogos kelak.

Bagaimanapun Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat mengunjurkan kemuncaknya akan berlaku pada awal 29 Julai sehingga hari keesokan.

Nama hujan meteor ini merujuk kepada titik mula kemunculan di langit iaitu di kawasan buruj Aquarius tetapi lokasi asal kemunculannya itu masih boleh berlaku dari pelbagai arah berbeza.

Fenomena ini terjadi apabila bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet 96P/Machholz yang merupakan antara komet utama menyebabkan berlaku curahan meteor.

Komet itu dianggarkan mengambil masa selama 5.3 tahun untuk melengkapkan orbitnya dan ketika mengorbit menghampiri matahari, debunya terbebas disebabkan proses pemejalwapan.

Puing itu akan berserakan bagi membentuk laluan dipenuhi sisa komet tersebut yang akhirnya akan memasuki pula atmosfera bumi dan terbakar sebelum membentuk jalur bersinar panjang.

Mereka yang berminat mencerap meteor ini ujar Mysa, disaran berbuat demikian di tempat lapang dengan panorama langit luas tanpa ada halangan bangunan tinggi, pokok atau rumah.

Kelazimannya, penggemar angkasa akan menjauhi kawasan persekitaran yang bercahaya seperti ada lampu neon premis atau lampu jalan raya kerana situasi lebih gelap adalah lebih baik.

Seterusnya, sesuaikan mata dengan tahap kegelapan tersebut selama tempoh 20 minit dan tidak perlu fokus buruj Aquarius kerana meteor boleh muncul dari pelbagai arah yang berlainan.

-Utusan Online

Tags: hujan meteorHujan Meteor Delta AquariidsmeteorMeteor Delta Aquariids
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jepun Lancar Satelit Hasilkan Hujan Meteor Palsu

20/01/2019
0

AGENSI angkasa lepas Jepun melancarkan roket yang membawa satelit sempena projek hujan meteor yang bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi....

Ambik Kau….Batu Meteor Jadi Hadiah Lamaran

16/03/2017
0

KALAU dah kaya….seorang lelaki telah melamar kekasihnya dengan cara yang pelik, iaitu dengan mempersembahkan kepada wanita itu batu meteor seberat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd