Sample Page Title

KALAU dah kaya….seorang lelaki telah melamar kekasihnya dengan cara yang pelik, iaitu dengan mempersembahkan kepada wanita itu batu meteor seberat 33 tan dengan nilai lebih RM540,000.

Lelaki kaya itu, Liu Fei pada mulanya menyembunyikan batu berkenaan dengan menutupnya menggunakan kain ketika melamar wanita itu di tengah bandar Urumqi, di Xinjiang.

Selepas teman wanitanya, Wang Fangfang, 30, menerima lamaran berkenaan, barulah dia membuka kain penutup batu terbabit. Sejambak bunga serta cincin turut dihadiahkan kepada Wang.

Menurut Liu, dia dan Wang pertama kali menyaksikan batu meteor tersebut ketika mereka berkunjung ke Kashgar untuk bercuti.Batu itu disimpan oleh seorang pengumpul koleksi batu meteor.

Liu kemudiannya telah berunding dengan pengumpul koleksi terbabit secara rahsia tanpa pengetahuan Wang.

“Batu ini adalah simbol cinta kami. Ibu bapa kedua pihak telah bertemu dan gembira. Kami merancang untuk mendaftar perkahwinan pada Oktober ini,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...