• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Polis, Lelaki Ditahan

oleh AK-47
19/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Hina Polis, Lelaki Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Pasir Puteh : Seorang pemuda ditahan selepas mengeluarkan kata-kata kesat, selain menghina anggota polis, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Suspek berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit ditahan ketika penguatkuasaan trafik Op Pematuhan dilakukan di jalan belakang Petron, jam 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata terdahulu, pihak polis yang bertugas menahan suspek yang menunggang motosikal Honda semasa menjalankan tugas penguatkuasaan trafik Op Pematuhan.

Katanya, dalam pemeriksaan yang dilakukan, anggota bertugas mendapati suspek melakukan tiga kesalahan lalu lintas iaitu abai isyarat lalu lintas, lesen kenderaan memandu (LKM) tamat tempoh, dan tiada perlindungan insuran.

“Anggota bertugas kemudiannya mengeluarkan saman Pol 257 terhadap kesalahan yang dilakukan suspek.

“Namun, suspek tidak berpuas hati dengan tindakan saman oleh anggota bertugas, dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota bertugas.

“Anggota bertugas menerangkan kepada suspek akibat dari kata-kata kesat yang dikeluarkannya tetapi tidak diendah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Pasir Puteh bersama motosikal suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Hasil ujian saringan awal ke atas suspek mendapati positif dadah jenis Methamphetamine namun tiada rekod lampau direkodkan.

“Satu kertas siasatan lain juga dibuka dan disiasat dibawah Sek.15 (1) ADB 1952. Suspek akan direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

-Harian Metro

Tags: hina polispolisTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd