• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir Sejam Pujuk Lelaki Panjat Menara Telekomunikasi

oleh AK-47
02/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Hampir Sejam Pujuk Lelaki Panjat Menara Telekomunikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka : Bomba mengambil masa hampir satu jam untuk memujuk seorang lelaki yang memanjat menara telekomunikasi setinggi 45 meter di Kampung Bachang, di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tindakan lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental disedari orang awam sebelum menghubungi pasukan bomba pada jam 8.12 pagi.

Penolong Pengarah Operasi Negeri (PPON) Penguasa Kanan Bomba II Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, sebuah jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah bersama sembilan anggota termasuk komander operasi ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati seorang lelaki berusia 30-an berada di menara dan bomba cuba mengawal keadaan agar dia tidak bertindak di luar kawalan.

“Kami mengambil sedikit masa sebelum naik atas faktor keselamatan kerana kelihatan dia ada memegang alatan tajam, kita khuatir jika lelaki itu bertindak membalingnya ke arah anggota yang cuba naik.

“Selepas keadaan terkawal seramai enam anggota naik dan cuba memujuk. Akhirnya dia bersetuju turun selain keadaannya ketika itu mula bertenang,” katanya.

Menurutnya, operasi membawa turun lelaki itu berjalan dengan lancar selain dia bertindak menuruti arahan bomba.

“Sebelum membawanya turun kita memakaikan dia tali keselamatan bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini.

“Mungkin disebabkan penat kerana sudah lama berada di puncak selain faktor cuaca panas dia memberi kerjasama,” katanya.

Muhammad Izwan berkata, sebaik berjaya dibawa turun jam 1.44 tengah hari, lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Keseluruhan operasi mengalihkan masa kira-kira empat jam selepas operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.53 petang tadi,” katanya

-Harian Metro

Tags: bunuh dirimenara telekomunikasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd