• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Juta Rakyat Sri Lanka Berdepan Krisis Makanan

oleh Mohd Arshad
09/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Enam Juta Rakyat Sri Lanka Berdepan Krisis Makanan
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO – Krisis ekonomi berterusan menyebabkan lebih enam juta penduduk Sri Lanka berdepan krisis bekalan makanan di samping kekurangan ubat-ubatan dan bahan api, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut penilaian terbaharu Program Makanan Sedunia (WFP) mengenai keupayaan mendapatkan makanan (jaminan makanan), tiga daripada 10 isi rumah atau hampir 6.26 juta penduduk Sri Lanka tiada akses kepada sumber bekalan makanan untuk hari-hari seterus­nya.

Kira-kira 61 peratus isi rumah di Sri Lanka pula mengamalkan langkah penjimatan seperti mengurangkan pengambilan makanan atau makan makanan yang padat dengan nutrien sahaja. Situasi itu berpunca daripada harga makanan yang melambung tinggi, peningkatan mendadak harga bahan api dan kekurangan bekalan komoditi asas, demikian menurut agensi berita ANI.

WFP menjangkakan lebih ramai penduduk Sri Lanka akan mengamalkan langkah berjimat-cermat apabila krisis menjadi bertambah buruk.

“Ketika ini, kami tidak mempunyai hidangan makanan yang sempurna tetapi hanya makan nasi bersama kuah,” kata seorang wanita kepada agensi itu.

“Ibu hamil perlukan makanan berkhasiat setiap hari, manakala golongan miskin semakin sukar membeli bahan keperluan asas,” kata Timbalan Pengarah Serantau WFP bagi Asia dan Pasifik, Anthea Webb pula.

Webb menasihati wanita hamil supaya tidak melakukan catuan makanan kerana perbuatan tersebut boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan kandungan mereka.

Sri Lanka yang dilaporkan dibebani kadar inflasi 57.4 peratus, menyaksikan harga makanan melambung secara drastik dengan dua daripada setiap lima isi rumah tiada makanan berzat.

Perkara itu berlaku disebabkan penduduk tiada akses untuk mendapatkan dan menyediakan makanan yang kaya dengan nutrien.

WFP pada bulan lalu mengumumkan rayuan bantuan kecemasan AS$60 juta (RM265.53 juta) untuk menyediakan makanan kepada tiga juta penduduk Sri Lanka.

Sri Lanka berdepan krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaannya pada 1948 dengan situasi menjadi semakin parah selepas pandemik Covid-19. Sekolah dan pejabat kerajaan terpaksa ditutup, manakala Bank Dunia menganggarkan lebih 500,000 orang hidup di bawah garis kemiskinan buat kali pertama di negara itu.

-Kosmo Online

Tags: krisis makananKrisis Sri LankaSri Lanka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Sri Lanka

PM Ucap Tahniah Kepada Presiden Baharu Sri Lanka

23/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai...

‘Dia Bawa Lori Macam Mana Man, Itu Ayah Kau…’

Mahkamah Arahkan McDonald’s Seluruh Sri Lanka Ditutup

25/03/2024
0

COLOMBO - Restoran makanan segera, McDonald's ditutup di seluruh Sri Lanka pada Ahad ekoran syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd