Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Milik Siapakah AUS$1.6 Juta...

“ADAKAH anda tercicir wang tunai AUS$1.6 juta (RM5.27 juta)?” Begitulah soalan yang dikemukakan Polis...

Polis Cari Saksi Pemain...

IPOH - Polis sedang mengesan saksi langgar lari yang mengorbankan pemain pasukan bola...

Jangan Buat Spekulasi Siasatan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meminta semua pihak...

Penduduk Rio De Janeiro...

RIO DE JANEIRO - Perbandaran Rio de Janeiro akan menjalankan pemberian vaksin sepanjang...

Empangan Kenyir Kembali Beroperasi

PETALING JAYA: Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM) milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Hulu Terengganu, Terengganu kembali beroperasi selepas dihenti tugas sejak 27 Februari lalu akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat luar biasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Ir. Baharin Din berkata, keempat-empat unit janakuasa berkapasiti keseluruhan 400 megawatt (MW) di stesen itu mula beroperasi sepenuhnya pada 26 Jun lalu.

Katanya, pengoperasian berkenaan dibuat tiga bulan lebih awal daripada perancangan asal bagi menyalurkan bekalan elektrik ke sistem Grid Nasional.

“Kejayaan ini hasil usaha bersepadu semua pihak dari pelbagai bahagian di TNB bersama agensi-agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, Jabatan Perhutanan, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Pencapaian ini penting bagi membolehkan SJSM dapat menurunkan paras air tasik kepada yang lebih rendah sebagai persediaan untuk menerima air hujan lebih banyak pada musim monsun, November ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Terdahulu pada 19 Jun lalu, Baharin menyempurnakan tugas dua unit janakuasa SJSM dari Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional (NLDC) di Kompleks Ibu Pejabat TNB, di Bangsar, Kuala Lumpur.

Menurut beliau, pemulihan SJSM itu sekali gus mengukuhkan kembali penjanaan tenaga hijau TNB melalui tiga skim hidroelektrik iaitu di Terengganu diikuti Cameron Highlands, Pahang dan Sungai Perak di Perak.

Katanya, TNB juga sedang membangunkan skim hidroelektrik keempat di Nenggiri, Gua Musang, Kelantan dengan kapasiti 300MW yang dijangka memulakan operasi pada 2027.

SJSM mampu menyumbang secara purata sebanyak 1,600 gigawattjam setahun, sekali gus menghindari pelepasan 537,600 tan karbon dioksida jika menggunakan sumber bahan api fosil (gas), iaitu bersamaan pelepasan karbon daripada 116,869 kenderaan di jalan raya selama setahun.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori