• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DUN Sabah Tolak Usul Bahas Ancaman Waris Kesultanan Sulu

oleh Mohd Arshad
18/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
DUN Sabah Tolak Usul Bahas Ancaman Waris Kesultanan Sulu
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menolak usul yang dikemukakan Ketua Pembangkang Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 pada Isnin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Usul yang dikemukakan Mohd Shafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang adalah berkaitan untuk membincang dan membahas mengenai ancaman keselamatan daripada pihak waris kesultanan Sulu.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya memaklumkan bahawa usul itu hanya diterimanya pada pagi Isnin iaitu kurang daripada 24 jam sebelum bermulanya sidang DUN Sabah.

“Saya telah terima satu usul daripada ADUN Senallang pada jam 11.20 pagi tadi di bawah peraturan mesyuarat 23.1. Namun demikian saya memutuskan untuk menolak usul tersebut berasaskan peraturan 23 (2) di mana permohonan telah dibuat kurang daripada 24 jam yang ditetapkan sebelum bermulanya sidang.

“Jadi disebabkan usul hanya dikemukakan pada jam 11.20 pagi tadi maka masa 24 jam tidak dipenuhi di bawah peraturan mesyuarat 23 (2) dan dengan itu usul ditolak,” katanya berdasarkan usul yang dikemukakan kepada beliau.

Kadzim turut berkata, perkara itu juga sesuai dibawa ke sidang Parlimen kerana ia harus ditangani oleh kerajaan Persekutuan.

Mohd Shafie bagaimanapun meminta bahawa usul itu tidak semestinya diterima pada hari pertama sidang DUN berlangsung dan ia boleh dibahaskan pada hari keempat sidang DUN.

“Saya faham, saya tahu peraturan itu, Datuk Speaker boleh menolak tetapi oleh kerana saya pun telah menghantar usul ini tidak semestinya dibahaskan sekarang.

“Mungkin satu ketika penghujung hari Khamis kerana ini merupakan satu kedaulatan Sabah sudah 65 tahun isu ini menghantui kita, saya bukan mengiktiraf Sultan Sulu itu.

“Tetapi perkara ini perundangan, undang-undang yang ada dan saya juga akan bawa pergi Parlimen minggu hadapan. Perkara ini penting kepada negeri Sabah,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: DUN SabahUsulWaris Kesultanan Sulu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baru

Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baru

06/10/2025
0

KOTA KINABALU - Pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Speaker Belum Terima Usul Rujuk PM Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

Speaker Belum Terima Usul Rujuk PM Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

08/08/2025
0

CYBERJAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul belum menerima sebarang usul bagi merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd