Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Klopp Bawa Masuk Semula...

JURGEN Klopp bersedia membawa masuk bekas jurulatih pembangunan skuad utama Liverpool Pepijn Lijnders...

Smart Selangor Buka Talian...

SHAH ALAM - Penduduk Selangor khususnya yang berdepan kecemasan akibat banjir dan memerlukan...

Zidane Pengganti Mourinho?

LEMBAGA Pengarah Manchester United sedia melantik Zinedine Zidane sebagai pengurus baharu sekiranya Jose...

TNB Kelantan Tambah Kapasiti...

PASIR PUTEH - Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan akan menambah kapasiti penjanaan elektrik...

Dua Bot Penumpang Tiada Lesen Ditahan

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua buah bot penumpang di kawasan perairan Teluk Bahang di sini semalam kerana tidak mempunyai lesen sah dan insuran tamat tempoh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim, S. P. Nak Rong berkata, bot tersebut ditahan pada kedudukan 0.3 kilometer barat laut dan satu kilometer di utara Teluk Bahang, antara pukul 3 hingga 3.30 petang.

Katanya, kedua-dua bot tersebut ditahan semasa sedang membawa pelancong di perairan Teluk Bahang.

“Bot yang menggunakan nombor pendaftaran PPP 02095 (P) dan PPP 02315 (P) di kendalikan dua kru warga tempatan berusia 68 dan 48 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua buah bot tidak mempunyai lesen yang sah dan insuran telah tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, bot serta kru telah ditahan dan dibawa ke Maritim Negeri Pulau Pinang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.


“Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana membawa penumpang tanpa lesen yang sah dan insuran tamat tempoh,” katanya.

Tambahnya, Maritim Malaysia menasihatkan pengusaha-pengusaha bot yang membawa penumpang ataupun pelancong di laut agar mematuhi undang-undang serta peraturan yang telah dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Orang ramai serta komuniti maritim diseru untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti kesalahan di laut.

“Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori