• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah (Pindaan) 2021

oleh AK-47
19/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah (Pindaan) 2021
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 bagi memperkasa inisiatif pemenjaraan di luar tembok penjara melalui program pemulihan dalam komuniti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rang undang-undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said, dan dibahas empat Ahli Parlimen.

Ismail berkata, rang undang-undang itu bertujuan meminda Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 (Akta 461) dan menggantikan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 (ODPKW).

Beliau berkata, peruntukan dalam Akta 461 wajar diperkukuhkan selari perubahan semasa sistem perundangan daripada ‘keadilan pembalasan’ kepada ‘keadilan pemulihan’ bagi memberi peluang kedua kepada lebih ramai pesalah dengan menjalani hukuman serta pemulihan di luar penjara.

“Perintah Kehadiran Wajib (PKW) adalah hukuman alternatif di luar tembok penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah kepada pesalah melakukan kesalahan tertentu dan pesalah ini dikehendaki menjalankan kerja wajib untuk kepentingan masyarakat,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu.

Ismail berkata program pemulihan akan diberikan secara berterusan oleh Jabatan Penjara bagi menerapkan nilai-nilai positif untuk melahirkan insan yang berguna kepada masyarakat dan negara serta mencegah perlakuan semula jenayah.

“Pesalah juga boleh meneruskan kehidupan harian tanpa menjejaskan kebajikan mereka dan keluarga semasa menjalani PKW ini. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kesesakan dalam penjara serta mengelak penularan penyakit berjangkit dalam penjara,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pindaan Seksyen 5 Akta 461 memberikan budi bicara kepada hakim atau majistret untuk menentukan hukuman PKW dengan mengambil kira latar belakang Orang Kena Tuduh (OKT) dan keadaan kesalahan itu dilakukan.

Pindaan kepada seksyen itu juga memberikan mahkamah kuasa untuk membuat suatu PKW terhadap mana-mana pesalah yang disabitkan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dikenakan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

“Menerusi pindaan setahun kepada tiga tahun pemenjaraan, ia lebih memberikan pilihan kepada mahkamah menggunakan budi bicara kehakiman untuk memberikan hukuman alternatif kepada hukuman pemenjaraan dalam kes yang mahkamah sendiri berpendapat hukuman PKW adalah satu hukuman yang tepat dan wajar kepada seorang OKT,” katanya.

Selain itu, Dewan Rakyat juga meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 bagi menjadikan daerah Segamat, Johor sebagai sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

RUU tersebut diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Eddin Syazlee Shith dan turut dibahas oleh sembilan Ahli Parlimen.

“Rang undang-undang ini bertujuan memohon Jemaah Menteri menimbang dan bersetuju dengan pindaan kepada Seksyen 4 Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu.

Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 (Akta 688) dipinda dalam seksyen 4 dengan menggantikan perkataan ‘Daerah Mersing’ kepada perkataan ‘Daerah-Daerah Mersing dan Segamat.’

Eddin Syazlee juga berkata, kerajaan menyasarkan daerah Segamat bakal diketengahkan sebagai lembah bio-agro melalui ECER dengan memanfaatkan sektor bioteknologi dan perniagaan tani bagi meningkatkan aktiviti perniagaan.

“Selain itu, daerah tersebut juga dikenal pasti sebagi hab perniagaan tani dengan pelbagai inisiatif bagi memastikan kecekapan tani di kawasan itu dapat dipertingkat,” katanya.

Bernama-

Tags: Datuk Seri Dr Ismail Mohamed SaidDewan RakyatRang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekalan Ubat-Ubatan Berkurangan Di Farmasi

Next Post

Siasatan Bukan Untuk Kenakan Syed Saddiq – Pegawai Penyiasat

Related Posts

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian...

Next Post
Siasatan Bukan Untuk Kenakan Syed Saddiq – Pegawai Penyiasat

Siasatan Bukan Untuk Kenakan Syed Saddiq – Pegawai Penyiasat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd