• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Covid-19: Kes Masih Terkawal, PKP Tak Mungkin Dilaksanakan

oleh AK-47
26/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Covid-19: Kes Masih Terkawal, PKP Tak Mungkin Dilaksanakan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini dilihat masih dalam keadaan terkawal sekali gus tidak memungkinkan sebarang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, meskipun berlaku peningkatan kes, namun ia masih tidak mengganggu usaha Kementerian Kesihatan (KKM) mengawal keadaan.

Menurutnya, MPN juga yakin dengan kemampuan KKM berdasarkan pengalaman menguruskan pandemik selama dua tahun sebelum ini.

“Saya sudah dengar laporan KKM, MPN berpuas hati bahawa KKM sudahpun bersedia menghadapi apa saja bentuk kemungkinan sekiranya wabak itu (Covid-19) akan bermula semula.

“Mereka (KKM) sudah pun bersedia, pengalaman lebih dua tahun menguruskan Covid-19 memberikan mereka pengajaran, selain langkah yang perlu juga sudah diambil.

“Kita pun harap tidak ada berulang lagilah cerita-cerita dahulu yang menyebabkan kita terpaksa kawal balik sempadan dan laksanakan PKP,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MPN ke-7 pada Selasa.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, menerusi mesyuarat itu, MPN juga bersetuju dengan saranan KKM bagi

mempertingkatkan survelan dan advokasi mengenai monkeypox termasuk mempertingkatkan survelan di pintu masuk antarabangsa negara.

Katanya, bagi pengembara yang tiba dari negara-negara melaporkan kes monkeypox, mereka dinasihatkan memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan monkeypox untuk tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

“Pengembara bukan warganegara yang tiba dari negara terbabit akan menerima pop-up mesej kesihatan setiap hari untuk mengingatkan mereka agar memantau gejala jangkitan monkeypox dan status kesihatan.

“Selain itu, memberikan nasihat kesihatan kepada pengembara Malaysia ke negara-negara yang terdapat kejadian monkeypox terutamanya di Afrika Tengah dan Afrika Barat,”katanya.

-Sinar Harian

Tags: Covid-19kes COVID-19pkp
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd