Tuesday, May 21, 2024

Creating liberating content

Mangsa Zika Selamat Lahirkan...

PUTRAJAYA - Seorang wanita mengandung dari Johor Bahru yang dijangkiti virus Zika telah...

RM24 Juta Selenggara Rumah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan meluluskan peruntukan lebih RM24 juta melalui Program...

“Kit Siang Ni Ada...

PERANG mulut antara Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Lim Kit Siang...

Kerajaan Tanggung Subsidi RM400...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih menanggung subsidi RM400 juta untuk bahan api walaupun...

Bekas Tempat Peliharaan Haiwan Jadi Stor Haram Diesel Bersubsidi

SEREMBAN: Sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi kini semakin licik dengan menjadikan sebuah bekas tempat peliharaan haiwan di Persiaran Mutiara Galla di sini sebagai stor haram barang kawalan tersebut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pegawai Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Abd. Muis Samsudin berkata, kegiatan tersebut terbongkar hasil serbuan yang dijalankan oleh pasukan penguat kuasa KPDNHEP pada pukul 1 petang tadi.

Abd. Muis berkata, empat orang lelaki berusia 25 hingga 44 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi itu berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.

“Ketika serbuan dijalankan, terdapat empat orang suspek dalam keadaan mencurigakan sedang menjalankan kerja-kerja pemindahan minyak diesel daripada sebuah lori satu tan yang dipercayai telah diubahsuai ke dalam square tank (tangki petak) di stor berkenaan. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 13 unit tangki petak yang berisi dengan minyak diesel dan 18 unit tangki petak yang kosong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Abd. Muis, hasil siasatan awal mendapati premis dan suspek yang ditemui di lokasi kejadian tidak mempunyai sebarang lesen, permit khas atau surat kebenaran dari Pengawal Bekalan bagi berurusan dengan barangan kawalan berjadual.

“Hasil serbuan ini, dianggarkan sebanyak 14,000 liter minyak diesel telah disita untuk tujuan siasatan dengan nilai rampasan sebanyak RM30,100. Turut disita sebuah lori satu tan yang diubah suai, tangki petak serta peralatan-peralatan yang digunakan di tempat serbuan seperti pam penyedut bahan api dengan anggaran jumlah keseluruhan nilai rampasan bagi kes ini adalah RM55,300,” katanya.


Beliau berkata, modus operandi sindiket tersebut adalah menggunakan lori yang telah diubahsuai dengan tangki tambahan untuk membuat pembelian diesel daripada stesen minyak di sekitar Seremban sebelum dihantar untuk penyimpanan di lokasi serbuan.

“Sindiket ini disyaki menjadikan kawasan itu sebagai tempat penyelewengan minyak diesel bersubsidi sejak dua bulan lalu. Stor ini dipercayai disewa daripada individu lain di mana sebelumnya ia merupakan tempat penternakan haiwan,” katanya.

Tambah beliau, kes akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 20 (1) akta yang sama kerana menyimpan apa-apa barang kawalan di mana-mana premis selain dari premis yang dilesenkan atau premis yang dibenarkan oleh Pengawal Bekalan,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori