Friday, May 3, 2024

Creating liberating content

Peranti Oppo Anda Original...

SEJAK insiden rusuhan yang berlaku di plaza Low Yat, jenama produk terkenal dari...

Telco Usaha Atasi Masalah...

KUANTAN - Semua 13 syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini sedang berusaha menambah...

MAIWP Tidak Boleh Mencelah...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan...

M’sia Hadapi Masalah Kewangan?...

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mendakwa negara menghadapi masalah kewangan yang lebih besar daripada...

Banjir Baling: Laporan Penuh Kerugian Sedang Disiapkan

BALING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Baling sedang menyiapkan laporan penuh taksiran kerugian tragedi banjir dan kepala air, bagi memastikan saluran bantuan dapat disegerakan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi JPBD Baling, Mohd Shahadan Abdullah berkata, laporan itu dijangka akan siap dalam masa terdekat sekurang-kurangnya sebelum penghujung Julai ini.

Menurutnya, laporan lengkap akan dihantar kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk kelulusan.

“Kalau boleh nak ‘finalise’ data dan ‘submit’ secepat mungkin kepada pihak berkuasa dalam konteks ini adalah kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Nadma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon ke kawasan bencana dan Pusat Media Bencana Baling, Kampung Iboi pada Rabu.

Mohd Shahadan berkata, laporan lengkap yang diperolehi membolehkan bantuan kepada mangsa terjejas dapat disegerakan.


“Kita ‘target’ supaya selesai laporan kita, maka pihak berwajib dapat menyalurkan dengan lebih cepat bantuan wang ihsan kepada penduduk terlibat,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 16 rumah rosak teruk dan tidak boleh didiami telah mendapat premis sewa masing-masing.

“Saya difahamkan, penghuni dari 16 rumah yang rosak teruk dan tidak boleh didiami telah mendapat premis sewa masing-masing, mereka cari sendiri rumah dan kerajaan negeri bayar sewa selama enam bulan,” katanya.

Jelasnya, penyampaian bantuan sewaan rumah itu akan disempurnakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pada Khamis.

Dalam kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi 4 Julai lalu, tiga mangsa terkorban apabila rumah mereka hanyut dibawa arus deras.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori