• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah AS$109.02 Bilion

oleh AK-47
29/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah AS$109.02 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$109.02 bilion (AS$1=RM4.45) pada akhir Jun 2022, berdasarkan format ‘Special Data Dissemination Standard’ (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), aset mata wang asing lain pula berjumlah AS$5.9 juta.

Bank pusat menambah, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing akan matang berjumlah AS$8.15 bilion.

“Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara,” jelas BNM menerusi Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Jun 2022 yang dikeluarkan pada Jumaat.

Menurut bank pusat, kedudukan jualan hadapan adalah sebanyak AS$14.0 bilion pada akhir Jun 2022, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek, jelasnya.

Bank pusat menambah, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.12 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$401.6 juta, menurut BNM.

“Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” jelas bank pusat.

BNM menjelaskan, secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Jun 2022 tetap boleh guna.

-Sinar Harian

Tags: Aset RizabBNMMalaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemerintah Indonesia Akan Biayai Kos Rawatan Cacar Monyet

Next Post

Tugas Pembangkang Cetuskan “Sadness” Rakyat

Related Posts

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

08/08/2025
0

CYBERJAYA - Malaysia kekal menyokong sepenuhnya pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat, kata Menteri Luar Datuk Seri...

Tarif Amerika Syarikat Ke Atas Malaysia Dikurangkan Kepada 19% – Halal & Mineral Jadi Faktor Utama

Tarif Amerika Syarikat Ke Atas Malaysia Dikurangkan Kepada 19% – Halal & Mineral Jadi Faktor Utama

01/08/2025
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2025 — Amerika Syarikat (AS) telah mengurangkan tarif perdagangan terhadap Malaysia kepada 19 peratus,...

Next Post
Strategi Pengecut Pembangkang

Tugas Pembangkang Cetuskan "Sadness" Rakyat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd