• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Murid Marcelo Bielsa Bimbing JDT

oleh Mohd Arshad
28/07/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Anak Murid Marcelo Bielsa Bimbing JDT
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan Hector Pablo Bidoglio akan membimbing JDT bagi menggantikan Benjamin Mora yang melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Selatan semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi kenyataan di laman rasmi Johor Southern Tigers, pengendali berusia 54 tahun yang pernah beraksi untuk pasukan kebangsaan Venelueza dilantik selaku ketua jurulatih skuad Harimau Selatan berkuat kuasa serta-merta.

“Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

“Pengendali berusia 54 tahun ini pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis. Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, BH Online melaporkan Bidoglio bakal menggantikan Mora yang melepaskan jawatan membimbing skuad Harimau Selatan kerana urusan keluarga di Mexico.

Sebelum dilantik secara rasmi, Bidoglio hadir menyaksikan skuad Harimau Selatan menentang Sarawak pada aksi liga di Stadium Sarawak, Kuching, malam tadi dan menjadi saksi kemenangan bergaya pasukan itu menewaskan skuad Kenyalang Emas 4-0 pada perlawanan itu.

Dengan pengumuman itu, tugas Bidoglio pasti terarah bukan sahaja mengharungi saingan liga dan separuh akhir Piala FA menentang Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 5 Ogos ini.

Malah persiapan yang rapi juga menjadi sandaran JDT tatkala berdepan Urawa Red Diamonds pada aksi pusingan 16 pada saingan Liga Juara- Juara Asia (ACL), pertengahan bulan depan.

-Berita Harian

Tags: bola sepakHector Pablo BidoglioJDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

Satu Kegagalan Kecil Tidak Memadam Satu Musim Yang Luar Biasa

14/05/2026
0

TAK usah seronok sangat JDT tak mara ke final Shopee Cup. Macamlah pasukan masing-masing baru angkat treble Eropah. Seolah-olah Harimau...

Tunku Mahkota Ismail Bangga Semangat Juang Pemain, JDT Kembali Lebih Kuat Tahun Hadapan

Tunku Mahkota Ismail Bangga Semangat Juang Pemain, JDT Kembali Lebih Kuat Tahun Hadapan

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa bangga dengan semangat juang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd