• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AMK Gesa Polis Siasat Najib

oleh AK-47
19/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
AMK Gesa Polis Siasat Najib
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia menggesa siasatan segera dijalankan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa menyebabkan negara berdepan dengan tuntutan waris Kesultanan Sulu berjumlah sekitar RM67.5 bilion.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketuanya, Adam Adli Abdul Halim mendakwa, siasatan perlu dijalankan memandangkan kecuaian yang dilakukan Najib ketika memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada ketika itu.

“Tuntutan ini bermula ekoran keputusan pentadbiran Najib untuk menghentikan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu (seperti kehendak perjanjian) dalam tahun 2013.

“Sepatutnya, beliau telah memastikan semua langkah diambil untuk menghalang dan menangani tindakan undang-undang susulan setelah bayaran itu dihentikan,” katanya dalam sidang media selepas tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi di sini pada Selasa.

Katanya, keputusan yang dilakukan Najib didakwa mencetuskan langkah balas waris Kesultanan Sulu yang memulakan tindakan saman di peringkat antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.

“Notis tindakan saman yang diambil telah dihantar kepada pentadbiran beliau pada 2 November 2017, semasa Najib masih menjadi Perdana Menteri.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya meminta supaya pihak berkuasa menyiasat Najib di bawah peruntukan Kanun Jenayah sedia ada (Akta 574) dan peraturan-peraturan yang mengikat seorang penjawat awam semasa dalam perkhidmatan seperti Perkara 132 (Perkhidmatan-perkhidmatan Awam) dan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kalakuan dan Tatatertib) 1993 di bawah Perlembagaan Persekutuan (PU.A 395) untuk menentukan unsur-unsur kecuaian yang dilakukan Najib dalam menangani isu ini,” katanya.

Adam Adli berkata, pihaknya berharap laporan yang dibuat bagi membolehkan kertas siasatan dibuka untuk memastikan penjawat awam menjalankan tugas dengan penuh ketelitian tanpa kecuaian yang boleh merugikan rakyat dan negara.

Pada Isnin, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta semua pimpinan dan cabang parti di seluruh negara membuat laporan polis kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kecuaian bekas Perdana Menteri itu sehingga membawa tuntutan waris Kesultanan Sulu.

Menurut beliau, undang-undang negara memperuntukkan bahawa rakyat boleh mengambil tindakan sama ada di bawah Kanun Jenayah atau tindakan saman sivil terhadap mana-mana penjawat awam yang cuai dalam menjalankan tugas awam.

-Sinar Harian

Tags: AMKnajibpolissiasat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

Polis Siasat Laporan Pendedahan Maklumat Peribadi Bekas Panglima Tentera Darat

26/01/2026
0

Kuala Lumpur: Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan dibuat bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan berkait...

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd