• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Haramkan Rokok, Vape Dibentang Minggu Depan

oleh AK-47
25/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Akta Haramkan Rokok, Vape Dibentang Minggu Depan
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Akta untuk mengharamkan rokok, rokok elektronik (vape) dan semua alat merokok kepada golongan yang lahir selepas 2007 akan dibentangkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Parlimen, minggu hadapan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Khairy Jamaluddin memberitahu, matlamat cadangan Generation End Game (GEG) itu adalah untuk mewujudkan generasi baharu yang bebas daripada perbuatan merokok pada masa akan datang.

“Bayangkan negara kita tanpa asap rokok, bayangkan satu generasi tidak kenal apa itu rokok,” katanya menerusi hantaran video di laman TikToknya pada Isnin.

Beliau berkata, perkara itu tidak mustahil boleh berlaku dan boleh menjadi realiti di negara kita dengan peranan yang dimainkan oleh semua untuk meluluskan akta tersebut.

“Jika anda mahukan anak-anak dan cucu-cucu bebas daripada asap rokok, suarakanlah. Beritahu ahli Parlimen anda untuk sokong akta ini,” katanya.

Pada 17 Februari lalu, kerajaan dilapor akan memperkenalkan akta baharu bagi melarang aktiviti merokok dan pemilikan sebarang produk merokok termasuk vape terhadap generasi muda.

Pengenalan akta baharu itu akan dapat mengurangkan generasi akan datang terdedah terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama menyebabkan kanser dan menyumbang 22 peratus kematian akibat kanser.

-Sinar Harian

Tags: Akta Haramkan Rokok VapeDibentang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus bagi meminda Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) kini di peringkat...

RUU Sumbangan Politik Dijangka Dibentang Di Parlimen Pada Oktober

RUU Sumbangan Politik Dijangka Dibentang Di Parlimen Pada Oktober

13/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik dijangka dapat dibentangkan pada sidang Parlimen, Oktober depan. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd