• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

400 Rumah ‘Flat Columbia’ Sungai Petani Diserbu Polis

oleh Mohd Arshad
15/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
400 Rumah ‘Flat Columbia’ Sungai Petani Diserbu Polis
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI: Jika disebut Projek Perumahan Rakyat (PPR) Harmoni Paya Nahu di Taman Ria Jaya, di sini mungkin tidak ramai orang mengenalinya berbanding ‘Flat Columbia‘ Sungai Petani.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini kerana ia dipercayai menjadi pusat pelbagai aktiviti tidak sihat merangkumi pengedaran dadah, judi dalam talian, lokasi memproses air ketum, jualan rokok seludup, lokasi orang dikehendaki bersembunyi serta ahli kumpulan gangster tinggal.

Buktinya, petang kelmarin, 400 rumah flat itu digempur pihak polis selama dua hari berturut-turut dalam usaha mengekang isu jenayah serta aktiviti pelanggaran undang-undang.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, melalui Operasi Cantas pada hari pertama Rabu lalu yang mensasarkan rumah terpilih, seramai 26 individu terdiri daripada 22 lelaki dan empat perempuan ditahan.

“Daripada 22 lelaki, enam daripadanya merupakan orang yang dikehendaki kerana terlibat dalam kes jenayah dan dadah selain menjadikan rumah di situ untuk bersembunyi.

“Kita turut merampas pelbagai jenis dadah, rokok seludup pelbagai jenama, air ketum dan barangan curi,” katanya.

Kata Wan Hassan, pada hari kedua serbuan petang semalam, seramai 14 individu lelaki termasuk dua daripadanya merupakan orang dikehendaki serta dua perempuan diberkas.

“Rampasan tembaga, komponen alat ganti kenderaan yang dipercayai hasil kegiatan curi turut dirampas bersama sejumlah dadah, rokok seludup dan air ketum.

“Kesemua jumlah tangkapan selama dua hari ialah seramai 36 lelaki dan enam wanita berusia antara 18 hingga 50 tahun ditahan dan semakan awal mendapati ada antaranya mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Katanya, pihak polis turut mengeluarkan 78 saman trafik kepada penduduk yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang dua hari operasi.

Tambahnya, Operasi Cantas itu melibatkan 300 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang turut dibantu 160 pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk proses dokumentasi bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1)a, Seksyen 12(2), Seksyen 6, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya serta Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam dan Seksyen 30(3) Akta Racun,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: diserbuFlat Columbiarumah flat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

COVID-19: 20,696 Jangkitan Kes Baharu Seminggu

Dua Pusat Hiburan Tawar GRO Warga Asing Diserbu, 28 Individu Ditahan

17/12/2023
0

KUALA LUMPUR - Seramai 25 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) diberkas dalam serbuan di dua...

Rumah Di Desa Mentari Terbakar

08/05/2022
0

PETALING JAYA: Empat sekeluarga warga Indonesia berdepan detik cemas apabila sebuah bilik di rumah flat di tingkat enam Blok 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd