Sample Page Title

Johor Bahru : Dua lelaki maut manakala dua cedera apabila kereta terbabas sebelum masuk longkang besar di kilometer 14.3 Lebuhraya Iskandar Sultan menghala ke Johor Bahru, 2.05 pagi, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kereta itu membawa empat sekawan dan kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu melanggar pembahagi jalan di lorong kanan.

“Kemudian kereta terbabit terbabas ke kiri jalan kerana hilang kawalan selepas melalui selekoh dan masuk ke dalam longkang besar yang dipenuhi air lalu tenggelam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Rupiah, pemandu dan penumpang yang meninggal dunia berumur 18 tahun manakala dua penumpang belakang berusia 15 dan 16 tahun cedera dan berjaya keluar dari kereta terbabit.

“Mereka mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA),” katanya.


Kes disiasat menigkut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Suhaimi Abdul Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.49 pagi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati kemalangan melibatkan Proton Wira terbabas masuk ke dalam longkang.

“Terdapat empat mangsa yang terlibat dan dua mangsa telah berjaya keluar daripada kenderaan sebelum ketibaan pihak Bomba. PKO mengeluarkan mangsa yang terperangkap dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...